Monday, April 6, 2009

setelah sekian lama...

im sorry sgt2!! sesape la yg ade mmbaca novel ni, bkn sbb xnak smbng, tp entah la..idea byk, cme nk type tuh yg mls..ni ha, ade la cket2 nak smbung...sambungan seterusnya, masih ak usahakan..tgh bwat la ni..dun worry, ya!!




Tanpa berlengah, Alya terus mencapai laptop di penghujung katilnya. Nasib baiklah topik yang Kimi minta siapkan tadi telahpun Alya pelajari. Actually, dua-dua makhluk -Allah tu ambil course yang sama, design, Cuma, kolej je lain-lain. Nasib baiklah dia tak satu kolej, kalau tak, macam mana lah jadinya. Jumpa je, gaduh!Dengan bersungguh-sungguh Alya menatap skrin laptop berjam-jam lamanya. Kejap, dia betulkan cermin mata yang nak terjatuh. Sampai bibik yang masuk nak bagi susu pun dia tak perasan. Alya mengeluh lalu mengesat peluhnya sedikit. ” Adui, tak pernah aku berpeluh camni masa buat assingment sendiri! Si Dugong ni! Entah-entah, dia tengah bergembira la tu! Mesti main game dengan si Yus. Ko ingat, kau boleh duduk senang?” tengah-tengah buat assingment tu, tiba-tiba je Alya dapat satu idea. “ Buat apalah aku susah-susah nak buat, baik aku copy assingment aku je! Dugong tu bukannya tahu!” Alya senyum sendirian. Walaupun dia masih siapkan kerja tadi, tapi jelas senyuman pada bibir Alya menggambarkan ada niat yang jahat di sebaliknya. Licik si Alya ni!


“ Hello, awak ingat saya nak siapkan ke kerja awak tu? Saya buat 30 pages. Saya dah ngantuk, malas dah nak sambung” dengan tegas Alya menelefon dan memaklumkan pada Hakimi.
“ Woi! Aku tak kira, esok aku nak tengok 100 pages, kalau tak aku tambahkan lagi kerja kau! Buat kerja tu betol-betol la sikit! Jangan la nak makan gaji plak. Enough, i dont care about ur stupid reasons anymore, ok!” belum sempat Alya menjawab Hakimi telahpun putuskan talian. Panas Hati Alya! Rasa macam nak mendidih..Takpe, esok ko tau lah camne nasib kau!


Hakimi buat muka tak puas hati. Dihempasnya telefon bimbit dia atas sofa.
” Ko ni apsal?” ” Sakit-sakit camni pun angin tak tentu pasal.” ujar Yusran, bimbang melihat kawannya yang sedang berbaring kelemahan atas sofa.
” Aku sakit hati betol la, dah lah tak ingat yang aku jaga dia semalam.” demam-demam teruk camtu pun, Hakimi masih lagi ungkit pasal hal semalam. Sampai Yusran pon dah naik bosan.
” Aku rasa dah nak masuk 100 kali kau cakap pasal tu. I think die memang tak ingat la, kan dia pengsan. Kau pun cakap macam tu. Yang kau bodoh sangat gi lari dalam hujan tu pehal? Tak pasal-pasal jatuh sakit. Pastu pegi paksa plak si Alya tu buat assingment ko.Dia memang la tak nak buat sebab tak tahu pape. Padahal, aku ni free je, bley tolong.” panjang lebar Yusran membebel.

” Ko jangan risau, si lurus tu, confirm akan siapkan tugasan aku. Percayalah!” putus Hakimi tegas. Yusran hanya menggeleng lalu meninggalkan ruang tamu dan terus masuk ke bilik untuk tidur. ” Kau tidurlah, Kimi. Aku kejutkan esok, jangan lupa makan ubat tu before tido” Hakimi menjawab dengan anggukan dan senyuman.



***




Jam telah menunjukkan tepat pukul 7.00 pagi. Awal-awal lagi Hakimi dah bersiap. Demamnya semalam masih belum kebas, tapi Hakimi rasa masih berdaya untuk dia ke kuliah. Tepat pukul 7.15 pagi, Hakimi dah pun tercegat depan rumah Alya. Alya membuka pintu sambil menggosok mata. Terlopong bila nampak Hakimi di depan muka pintu, sedangkan Alya masih dalam pakaian tidurnya. Cepat-cepat dia membetulkan rambutnya supaya kelihatan lebih kemas.

” Awak ni kenapa? Pagi-pagi lagi dah datang? Kan kuliah start lambat lagi.” sindir Alya, tanpa rasa segan.
” Baru bangun? ” Hakimi ketawa sendiri.
” Tak sangka kan, budak bijak macam kau ni, bangun lewat jugak. Dah sembahyang subuh ke, cik kak!” Hakimi pula, takmahu kalah, terus menyindir pedas.
” Awak tahu apa, saya tido balik la.” setelah menjawab, Alya kembali ke bilik tidurnya dan mengambil sebuah sampul.
” Sebab awaklah saya bangun lewat, nah! Ni tugasan awak tu. Puas?” dihempasnya sampul tu pada dada Hakimi dan terus menutup pintu rumahnya, isyarat supaya Hakimi cepat-cepat tinggalkan rumahnya. Malas Alya melihat muka dugong tu, sakitkan hati je.
” Thanks anyway!” jerit Hakimi dari luar diiringi ketawa yang berdekah-dekah.



Tenang hati Hakimi. Dia dah jangka, Alya mesti buat kerja dia. Tak kan la dia nak tambahkan kerja sendiri, tak ke mendera diri namanya? Hakimi tersenyum lebar dan terus memecutkan keretanya ke kolej. Bila sampai sahaja di bilik kuliah, Hakimi masih lagi teringatkan muka Alya yang baru bangun tido. Sepanjang kuliah berjalan, Yusrn dapat lihat, senyuman masih lagi terpancar pada muka Hakimi. Entah apa la yang kelakar sangat.


Bila tamat sahaja kuliah, Hakimi terus bangun dan menuju ke hadapan bilik kuliah. Murid-murid lain, sudah beredar, Yusran pun telahpun keluar sebab ada sedikit hal yang perlu diuruskan.



” Prof, ni ha. 100 pages, tugasan yang prof bagi semalam. Terror tak i?” dengan bangganya, Hakimi meletakkan sampul surat yang diisi dengan folio di atas meja di hadapan Profesor Tharmenthiran.

” Wow! I thought, u’ll not finished the folio. But, i’m very proud of you, Kimi” Prof . sedikit terkejut, lalu menepuk bahu Hakimi tanda bangga. Dia terus menyemak tugasan Kimi satu persatu, muka surat hingga muka surat seterusnya. Profesor Tharmenthiran mengeluh.

” I’ve never seen this before, Your writing skill is really….good!” Hakimi tersenyum lebar bila je mendengar compliment Prof T.

“ But I cant accept this!” tiba-tiba je, suara Prof meninggi, lalu menghempas tugasan di atas mejanya. Hakimi tersentak.

“ What? Sir, how can’t u accept this, you just said my writing is good!” Hakimi pelik, dan berusaha memujuk Prof. T.

“ Yeah, but u’ve got the wrong topic! I asked you to do the other topic. Are you stupid or what?”

“ Awak jangan ingat awak boleh bodohkan saya, Kimi. Ashamed on you!” tengking Prof T lagi,.

“ Wrong topic?” oh my god, ni mesti kerja si Alya. Hakimi tarik nafas dalam-dalam, dan tanpa berfikir panjang Hakimi rasa baik dia lepaskan diri dari situasi ni dulu. Hal Alya tu lepas ni.

“But, sir! I spent, the whole night doing this, i tido pukul 5 pagi, sir. Cuba sir tengok, dah bengkak dah mata I ni. Please sir, don’t fail me!” Hakimi memohon, dan terus merayu pada Profesor T. Masa macam ni lah, baru Hakimi meninggalkan kemachoan dan keegoannya. Padahal dalam hati, rasa marahnya pada Alya membuak-buak!

“ Ok, this is your first time, so I’ll forgive you. Plus,u still finished your assignment. I’ll not fail you, but I have another work for you. Sebagai denda, I mahu u jadi tutor utk these students for 2 months! Ok!” tegas, Profesor T terus memutuskan perkara tersebut.

“Yeah, I’ll try my best, sir.” Hakimi tidak membantah, kalau menolak pun, dia juga yang rugi nanti.Selepas mengucapkan terima kasih pada Prof T, Hakimi terus meninggalkan bilik kuliah dengan rasa marah yang dia sahaja la dapat terangkan camne.

No comments:

Post a Comment