”Tak percaya lagi? Erm, ok. Biar saya beritahu awak. Nama saya Yusran Amri. Umur 20, tinggal dekat-dekat sini je, erm, hah, belajar kat Kolej Universiti Teknologi Malaysia, bidang kejuruteraan. Apa lagi awak nak tahu?” terang Yusran panjang lebar.
” Saya tak nak tahu pun” jawab Rafiniey selamba.
Yusran terdiam Tidak tahu bagaiman ingin meyakinkan Rafiniey.
” Semua orang boleh tipu” tambah Rafiniey lagi. Yusran hanya mampu mengeluh.
” Yusran! Hey dude! Buat apa kat sini?” tiba-tiba sahaja seorang pemuda datang menegur Yusran.
” Hey, Rizal! What’s up! Aku ada hal sikit la” jawab Yusran, mesra.
” kau nak pergi mana ni?” tanya Yusran.
” Aku ada kelas la hari ni. Kena pergi kuliah. Kau tak de kuliah ke hari ni?” balasnya kembali.
” Tak de. Kau pergi lah dulu, nanti lambat pula”
” Ok, chow!” tambah Rizal, tersenyum.
Yusran kembali memandang Rafiniey. Raut wajah Rafiniey sedikit berubah. Ada juga perasaan serba salah dalam wajahnya. Yusran tersenyum sinis.
”Yelah, saya percaya” Rafiniey akhirnya mengalah apabila memahami maksud senyuman Yusran.
”Habis tu, awak nak hantar saya dengan apa? Bas?” tanya Rafiniey, ingin tahu.
”Tengoklah nanti. Jom!” ajak Yusran, berteka-teki pantas menarik lembut tangan Rafiniey.
***
Hakimi mencapai kristal angsa di hadapannya. Hakimi memegangnya kemas, membawa ke arah kaunter, takut-takut jatuh pula. Namun, baru sahaja Hakimi melangkah beberapa langkah, jalannya dihalang seorang gadis. Tanpa sengaja, Hakimi tersepak kaki gadis tersebut. Terkejut juga Hakimi. ” Pang!” deraian kristal angsa memecah kesunyian kedai itu. Lebih tergamam Hakimi apabila melihat kejadian itu. Belum sempat Hakimi melihat siapakah yang menghalangnya, gadis tersebut telahpun lari meninggalkan kedai tersebut. Hanya bayangan pakaian berwarna biru, dari belakang sahaja Hakimi dapat cam. Terus hilang mood Hakimi. Merah mukanya menahan marah. ’Kalau aku tahu siapa perempuan tu, pasti teruk aku kerjakan!’ tekad Hakimi dalam hati.
” Encik, kena bayar ni.” tegur pelayan kedai itu
“ Saya tahu la!” jawab Hakimi sedikit tinggi nada suaranya. Marah betul! Takut juga pekedai tu dibuatnya. Hakimi menghulurkan kad kreditnya.
“ Maaf” ujar Hakimi ringkas, ada juga perasaan bersalah dalam dirinya.
“ Awak tahu siapa tadi?” tiba-tiba Hakimi bertanya pada pekedai tersebut.
“ Tak kenal la, encik” jawab salah seorang pekedai. Hakimi mengeluh. Nampaknya tak adalah peluang untuknya membalas dendam. Macam budak kecil pula perangainya itu.
Hakimi melangkah keluar dari kedai tersebut, tapi langkahnya terhenti apabila dipanggil oleh salah seorang pekedai.
“ Encik, nanti!”
“ Tadi, sebelum cik tu pergi, dia ada tertinggal something.” ujar pekedai itu, ingin membantu.Hakimi tersenyum lalu menyambut huluran dan mengambil barang itu.
” Terima kasih” jawab Hakimi lalu berlalu dari situ.
***
Rafiniey menarik nafas lega. Nasib baik juga ada Yusran membantunya.
” Kalau dah ada kereta besar, kenapa naik bas?” sindir Rafiniey tiba-tiba. Kagum juga di melihat kekayaan Yusran apabila Yusran membawanya ke rumah tadi.
” Saja, nak tukar selera” ringkas Yusran menjawab. Padahal, keretanya rosak, tapi Yusran malas mengungkit perkara itu. Rafiniey mengangguk. Dia hanya diam. Segan pula ingin berborak dengan Yusran. Apa tidaknya, dah lah dia tertidur atas bahu Yusran dalam bas tadi, malah, tuduh pula Yusran ingin merompaknya. Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya Rafiniey pada ketika itu.
Kereta BMW itu sunyi sahaja sepanjang perjalanan. Tiada pihak pun yang berani bersuara. Namun, dalam diam, sempat juga Yusran mencuri pandang Rafiniey. Manis betul! Tapi, apabila Rafiniey berpaling, cepat-cepat mengalihkan pandangan. Malu juga Yusran pada dirinya sendiri.
” Terima kasih Encik Yusran” Rafiniey menutup pintu kereta dan terus berlari memasuki rumahnya.Belum sempat Yusran bertanyakan namanya, Rafiniey sudahpun lesap. Yusran hanya tersenyum melihat gelagat Rafiniey yang sedikit gelabah. ’Macamlah aku nak makan dia’ fikir Yusran sambil tergelak. Terus dia memecutkan keretanya pulang ke rumah.
****
Amalina hanya memandang Alya dengan pandangan kosong.
“ Alya, kenapa ni? Macam kena kejar anjing je aku tengok.” Tiba-tiba sahaja Amalina menyoal apabila tersedar akan kelakuan Alya yang sejak tadi tidak keruan.
Alya mengerut-ngerutkan dahinya. Patutkah dia menceritakan pada Amalina? Atau patut dipendamkan sahaja? Alya mengurut-ngurut dadanya sedikit, mungkin untuk menghilangkan segala rasa kerisauan di hati.
“ Tak ada apa-apa.”
“ Aku pening sikit la.” Jawab Alya sambil memicit-micit ubunnya, sengaja ingin menyembunyikan perkara yang mengganggu fikirannya. Jauh di sudut hatinya masih teringat-ingat akan kejadian tadi. “Pang!” bunyi kristal angsa itu pecah juga masih terngiang-ngiang di telinganya. Serba salah juga Alya, mana tidaknya, langsung tidak meminta maaf daripada jejaka tersebut, malah meninggalkan kedai itu begitu sahaja. ‘ Mesti lelaki tu marah gila kat aku!’ fikirnya dalam hati.
Jauh di sudut hatinya, dia masih dapat mengingati muka pemuda itu yang merah padam menahan marah.
“ Hoit, Alya!” terkejut Alya apabila ditegur Amalina.
“ Kau ni, kuat berangan betul!” usik Amalina. Alya hanya ketawa. Malu dengan perbuatan sendiri.
Baru sahaja Alya ingin menghirup air karot susu di hadapannya, dia dikejutkan dengan deringan telefonnya.
“ Alya, kau dekat mana tu?” Jauh di hujung talian, terdengar suara lembut. Rafiniey.
“ Eh, Finiey, aku lupa pula, aku dekat Mid ni. Kau tunggu sekejap, nanti aku datang, ok” terus Alya memaklumkan Rafiniey sejurus sahaja dia teringatkan janjinya pada Rafiniey tengah hari tadi.
“ Tak payahlah, aku dah ada kat rumah dah ni” jawab Rafiniey, selamba.
“ Aik, macam mana kau balik? Bukan kau tak kenal jalan ke?” soal Alya, hairan. Setahunya, Rafiniey baru sahaja berpindah di situ. Lesen kereta pun tak dapat lagi. ”Er..Panjang cerita la, Alya. Nanti kalau kita jumpa, aku cerita, ok”
“ Erm..aku ada banyak hal ni, sorry, bye!” tidak sempat Alya ingin bertanya, Rafiniey telahpun memutuskan talian. Hairan Alya.
‘Pelik’ detus hatinya.
“ Kenapa? Siapa tu?” Amalina terus menyoal, berminat ingin tahu.
“ Kawan aku masa sekolah menengah.” Jawab Alya dengan suara mendatar. Amalina hanya mengangguk, tanda memahami.
”Well, tell me about your new story. How about Adam? Dia apa khabar?” Tanya Alya sejurus sahaja meletakkan telefon bimbitnya ke dalam beg.
“ Adam? Er. Dia sihat! Kitorang baru jumpa semalam. Dia baik sangat. Nak tengok dia bagi aku apa?” jawab Amalina dengan muka berseri-seri sambil menyisirkan rambutnya yang mengurai kebelakang, menampakkan leher jinjangnya.
“ Wah, that’s beautiful! Cantiknya! Dia bagi ke?” Alya sedikit terpegun melihat seutas rantai yang begitu cantik, dipakai oleh Amalina. Amalina mengangguk, tersenyum lebar.
“Sweet, kan” tambah Amalina. Alya senyum, dia tumpang gembira melihat Amalina gembira.
“ Patutlah dari tadi muka kau berseri-seri! In love la katakan” gurau Alya, tergelak kecil.
***
Marina menarik nafasnya dalam-dalam, menghirup udara segar di pantai sambil menikmati keindahan laut ciptaan Allah, yang terbentang luas di hadapannya. Rambutnya yang panjang mengurai, melambai-lambai apabila ditiup angin bayu yang menyenangkan. Hatinya sedikit lega, tapi tidak mampu menghilangkan rasa kecewa di dalam hati.
“ Don’t call me, ok!” suara bongkak Hakimi, masih terngiang-ngiang di gegendang telinganya. ‘Dasar lelaki, semua sama!’ bentak hati Marina.
Namun, dalam masa yang sama, rasa sedihnya makin membuak-buak. Sejak dulu Marina dambarkan kasih sayang seorang lelaki, bernama Aiman Hakimi. Lelaki pujaannya. Namun, Marina tidak menyangka kenangan bersama Hakimi hanyalah sekejap.Sedangkan, rasa sayang Marina terhadap Hakimi telahpun muncul sejak kali pertama mereka bertemu. Marina terus mengalirkan air mata, apabila teringatkan janji manis Hakimi terhadapnya.
Walaupun cintanya tidak berbalas, Marina hanya ingin Hakimi berada di sampingnya, menemaninya, jika boleh buat seumur hidupnya. Lalu, Marina bangun dari tempat duduknya tadi. Mengesat air mata di pipi, yang sejak tadi mengalir dengan deras dan menyisirkan rambutnya yang mengurai ke belakang cuping telinganya. Bersaksikan lautan yang luas dan sang angin yang bertiup indah, Marina bertekad untuk merampas kembali Hakimi, pulang ke sisinya, walau apa cara sekalipun. ‘Kau akan tahu siapa aku sebenarnya’
***
Hakimi membelek-belek kad matrik yang diberi oleh pekerja kedai tadi.
“ Bodoh betul kolej ni, langsung tak letak gambar pelajar!” marah juga hatinya apabila kad matrik tersebut hanya mencatatkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor kolej sahaja. Gambar pelajar pun tak ada! Hakimi ingatkan, bolehlah dia kenakan gadis tersebut. Hakimi hanya mengeluh, lalu meletakkan kembali kad tersebut di atas mejanya. Niatnya untuk mengenakan gadis itu tadi, terus dibatalkan.
***
“Hai, tersengih-sengih macam kerang busuk, kenapa ni?” sindir Puan Siti Hajar apabila menyedari kelakuan pelik anak terunanya itu.
“ Eh, mama” “ Tak ada apa-apa la mama, teringatkan peristiwa dengan Hakimi hari tu” terkejut juga Yusran apabila ditegur mamanya. Macam mana mamanya boleh perasan akan kelakuannya. Yusran terus bangun.
“ Hah, nak pergi mana tuh?” tanya mamanya kembali apabila melihat Yusran bangun dari sofa.
“ Yus nak keluar sekejap, nak pergi main tenis dengan Hakimi”
“ Erm, bagus juga kau keluar, ada juga aktiviti nak buat masa cuti ni. Lagipun, tak bagus terperuk kat rumah sahaja.Lagi satu, bila jumpa Hakimi nanti, kirimkan salam mama pada dia dan ayahnya, ya” pesan Puan Siti Hajar lembut.Yusran mengangguk. Janjinya dengan Hakimi sebenarnya pukul 4.30, tapi sekarang baru pukul 4 petang. Bukan apa, Yusran sengaja ingin mengelakkan diri dari mamanya. Takut-takut ditanya pula benda yang tak sepatutunya, terutama pasal teman wanita. Rimas Yusran.
****
Rafiniey plak tak berapa gembira hari ini. Mukanya ditutup dengan bantal. Dari tadi asyik terperuk dalam bilik, tak mahu keluar-keluar. Kejadian seminggu yang lalu masih berlegar-legar di mindanya.
“ Harap-harap aku tak jumpa dia lagi” Rafiniey berdialog seorang diri.
“ Ah, dia bukan nya kenal aku pun.Nama aku pun dia tak tau. Tak payah risaulah!” Rafiniey cuba meyakinkan dirinya.Rafiniey mencampakkan jauh peristiwa tersebut. Dia terus mencapai rak novelya, namun tidak menjumpai novel kegemarannya. ‘ Pelik, aku letak kat sini haritu.’ Detus hati Rafiniey. Niatnya untuk menghabiskan bacaannya, hilang memandangkan novel itu tidak ditemui. Rafiniey mengeluh.
“ Manisah!! Awak ambil novel kakak lagi ke?” Rafiniey menjerit bagaikan hendak pecah rumah. Tidak syak lagi, ini mesti kerja adiknya, Si Manisah. Suka betul mengambil novelnya, tanpa kebenaran.
Manisah berlari-lari menaiki anak tangga, menuju ke bilik Rafiniey. Dikuaknya pintu bilik Rafiniey dengan muka selamba.
“ Novel apa?” dia tersengih.
“ Novel yang akak baca hari tu, Pencarian Kasih, awak ambil ke?” tanya Rafiniey lagi.
“ Mana ada, Manisah ambil novel Manisnya Rindu lah.” Jawab Manisah.
“ Pelik, habis tu, kat mana ek?” Rafiniey mengerutkan dahinya. Manisah hanya menjungkitkan bahunya sedikit, tanda tidak tahu.
“ Tapi awak ambil juga novel akak tanpa kebenaran, kan! Owh, berani ya awak!” ujar Rafiniey selepas beberapa ketika dan terus turun dari katilnya untuk mengejar Manisah. Manisah menjerit melihat kakaknya dan terus berlari selaju yang boleh, takut dapat dikejar olah Rafiniey. Kecoh rumah tersebut dengan kelakuan mereka.
***
Gelanggang tenis pada petang itu, menyambut baik kehadiran Hakimi dan Yusran. Sudah lama juga mereka tidak menghabiskan masa untuk bermain tenis bersama. Hari ni, gelaran juara di antara mereka masih kukuh dipegang olah Hakimi. Yusran juga pemain yang bagus, tapi masih tidak mampu mengalahkan Hakimi. Maklumlah, Hakimi merupakan Olahragawan di sekolah menengah dahulu. Semua jenis sukan, baginya hanya petik jari sahaja.
Dari jauh, Hakimi memberikan isyarat kepada Yusran supaya berehat. Yusran mengangguk lalu menuju ke arah meja putih di tepi gelanggang.
“ Kau ada rancangan apa cuti ni?” tanya Yusran memecahkan kesunyian.
“ Kita pergi camping, jom” sambung Yusran.
“ Boleh jugak.”jawab Hakimi sambil meneguk air mineral. Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu.
“Alamak, aku lupa la, Yus. Aku kena pergi somewhere la, lusa,ada hal sikit.” Ujar Hakimi dalam nada sedikit kecewa.
Yusran diam.Hakimi turut diam.
“ Hey, Yus. Dude, kau ada masalah ke?”tiba-tiba Hakimi menyoal.
“ Aku tengok kau asyik temenung je sekarang.” Sambungnya lagi. Yusran terkejut.
“ Termenung? Isyh, mana ada. Aku tak de pape la.” jawab Yusran sengaja ingin menyembunyikan segala rasa hatinya. Selepas berehat buat seketika, mereka kembali menyambung permainan. Kali ini, mereka bertaruh, siapa yang kalah akan belanja minum.
Yusran menghidupkan enjin kereta BMW birunya. Dia melambaikan tangan ke arah Hakimi.
“ Yus, thanks for the drink! Lain kali belanja lagi!” gurau Hakimi diiringi ketawa besar.
“ Not a chance!” Yusran juga ketawa.
“ Lain kali aku kalahkan kau, tengoklah.”
“Aku balik dulu. Jumpa lagi, k!”Yusran tersengih sendirian. Walaupun asyik kalah, dia langsung tidak kisah. Dia bukannya berkira sangat dengan Hakimi. Kawan baiknya juga.
Yusran meletakkan kunci keretanya di atas meja tepi katilnya. Letih! Terus dia menghumbankan dirinya ke atas katil bujang di dalam biliknya. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan satu wajah. Sungguh manis! Hatinya bagaikan sudah ditarik oleh gadis tersebut. ‘ Nama dia apa, ya?’ persoalan itu makin kuat berlegar-legar di ruang mindanya.
Sejurus itu, Yusran bangun, seperti teringatkan sesuatu. Dia terus mencapai satu novel. ‘ Pencarian Kasih’ yang ditemuinya di dalam kereta seminggu yang lalu.Milik siapa agaknya, ya? Lalu dibuka helaian-helaian novel tersebut. ‘ Tak mungkin milik Hakimi. Dia bukannya baca novel!’ Yusran tersengih. Setelah membelek, Yusran terjumpa penanda buku dan bertulis nama. “ Diana Rafiniey” cantik betul nama itu.
Yusran berfikir sejenak.Barulah dia ingat, mungkin novel tersebut milik gadis yang menumpang keretanya seminggu yang lalu.Dia tersenyum sendirian. Agaknya, inilah peluang yang baik untuk dia lebih mengenali gadis tersebut.
***
“ Alya, pergi sana nanti jangan lupa belikan aku cenderahati, tau!” ujar Amalina sejurus terus memeluk tubuh langsing Alya. Rasa sedih pula hati Amalina bila tengok Alya kat airport. Setahu Amalina, Alya mahu ke Sabah, ada wedding unty die kat sana.
“ Ye lah, Insya-Allah.” Alya tersenyum, membalas pelukan Amalina.
“ Kau, ni, macam aku nak pergi lama pulak. Beberapa hari je lah.” Sambung Alya lagi.
“ Bukan apa, bosan la kau tak ada.”
“ Aku nak keluar jalan-jalan ngan sapa nanti.” Jawab Amalina manja. Alya hanya ketawa kecil melihat gelagat rakannya itu.
“ Ala, kejap je, nanti bila aku balik, aku teman kau keluar. Ok!” ujar Alya, menyedapkan hati Amalina.
” Lagipun, Adam kan ada, buah hati pengarang jantung kau yang sorang tu” tambah Alya. Amalina tergelak mendengar kata-kata Alya
”Oklah, flight aku dah sampai. Pergi dulu!” Alya melambai ke arah Amalina.
Alya mencari-cari tempat duduknya. Kalau memang bergelar anak Dato’ tidak hairanlah, setiap kali naik flight Alya pasti akan mendapat tempat VIP. Alya bersandar di kerusi empuk itu, menghilangkan rasa letih sedikit. Alya menutup matanya sambil menarik nafas lega.
Aiman Hakimi memandang sekeliling. Kelihatan pramugari dan pramugara sedang sibuk menunjukkan arah kepada penumpang. Hakimi terus menuju ke tempat duduk paling hujung. Nampak begitu selesa. Di tepi tempat duduknya, terdapat seorang gadis berbaju kurung sedang tidur. Dia hanya buat muka selamba.
Alya terkejut dari tidurnya apabila perasan akan kehadiran Hakimi. Tapi, dia langsung tidak memandang muka Hakimi. Tiada mood agaknya.
“ Cik, boleh tolong tepi sikit tak, saya nak masuk.” Ujar Hakimi lembut. Alya berpaling. Dia memerhati wajah Hakimi. Alya seperti pernah melihat wajah itu. Tapi di mana?
Alya cuba mengingati. ‘Alamak! Dialah yang aku langgar haritu! Macam mana ni!’ Alya berdebar. Dia menjadi gelabah apabila teringat kembali peristiwa itu.
“ Ehem!” Hakimi berdehem.
”Cik, saya nak lalu ni, boleh tak tolong tepi sikit.” Suara Hakimi sedikit tegas kali ini. Dalam masa yang sama, suara itu menghentikan lamunan Alya.
Alya tertunduk malu lalu meminta maaf. Habislah Alya, kalau Hakimi dapat mengecam mukanya! Alya menutup mukanya dengan tangan dan terus duduk. Langsung dia tidak pandang ke arah Hakimi.Dalam keadaan gelabah, Alya meraba-raba poket pada kerusi hadapannya, mencari sesuatu. Terus diambilnya majalah yang terdapat dihadapannya lalu membacanya sedekat yang boleh. Sengaja ingin menyembunyikan mukanya.
‘Kalau dia perasan muka aku, Habislah! Habislah!’ jerit Alya dalam hati. Majalah tadi diletakkan betul-betul di hadapan mukanya.Hakimi pelik melihat gelagat gadis itu.
”Cik, ada masalah ke?” tanya Hakimi seperti ingin tahu. Dari tepi Hakimi dapat melihat kepala Alya menggeleng di sebalik majalahnya.Hakimi pelik. Jarang bagi gadis-gadis mengendahkan tegurannya. Maklumlah, sesiapa yang berhadapan dengan Hakimi pasti jadi tak keruan. Cair! Hakimi hanya diam sahaja.
” Are you sure? Gaya cik macam tengah elak dari someone je.” soal Hakimi lagi, bukannya berniat untuk mencampuri urusan orang lain, sekadar untuk membantu sahaja. Di sebalik majalah itu, Alya menjawab.
”Er, tak de. It’s ok, I’m fine!I’m fine!” Namun, majalah itu, masih kukuh menutupi wajah Alya. Hakimi mengerutkan dahinya. Pelik betul!
Tanpa menghiraukan perbuatan Alya, Hakimi terus mencapai surat khabar yang terselit di tempat duduk hadapan.
Alya hanya diam. Hendak sahaja dia bersembunyi di sesuatu tempat ketika itu. Hakimi yang membaca surat khabar itu, semakin pelik melihat gelagat Alya.Walaupun sudah lama mereka di dalam flight, gadis tersebut masih menutup mukanya dengan majalah. ‘Perempuan ni, betul ke tak? Gila ke?’ detus hati Hakimi ‘Agaknya, ada problem dengan boyfriend kot.’ Semakin banyak hati Hakimi berteka-teki, pelbagai andaian dia reka.
Hakimi membuat kesimpulannya sendiri. Mungkin gadis tersebut ada masalahnya sendiri.Justeru, Hakimi berkeputusan untuk tidak menghiraukan perbuatan Alya lalu meneruskan bacaannya tadi.`Biarlah dia, bukannya masalah aku’fikir Hakimi.
***
Nabilah mengintai sudut dapur Villa Bahagia. Tiada sesiapa nampaknya di ruang dapur. Bayangan Mak Minah pun langsung tidak kelihatan. Nabilah melangkah perlahan ke arah peti sejuk. Sebenarnya, Nabilah tidak dapat melelapkan matanya, sengaja dia turun ke bawah untuk minum air.
“ Fatihah” tiba-tiba sahaja Nabilah dikejutkan satu suara yang teresak-esak, memanggil satu nama berulang-ulang kali.
“ Fatihah”
“ Fatihah” suara itu semakin lama semakin mendayu-dayu. Nabilah mencari-cari arah suara itu. Dia menuju ke arah bilik bapanya, Dato’Hisyam. ‘ Rasanya datang dari bilik papa’ Lalu, dikuaknya pintu bilik utama itu prlahan-lahan supaya tidak disedari papanya.
Dari sudut pintu, Nabilah dapat melihat papanya sedang teresak-esak menangis, sambil memegang sekeping gambar. Namun, Nabilah tidak dapat memahami maksud di sebalik tangisan itu, dan gambar siapakah yang dipegang papanya? Mungkinkah itu gambar mamanya? Bermacam-macam persoalan berlegar-legar di fikiran Nabilah. Dia benar-benar ingin tahu tentang mamanya. Sejak kecil lagi, Nabilah sudahpun dipisahkan dengan mamanya. Dia pun tidak tahu apakah rahsia di sebaliknya. Apabila dia bertanya pada papanya, mahupun Hakimi, mereka seringkali mengelakkan soalan tersebut.
Segala tanda tanya Nabilah tentang mamanya, hanya dibiarkan tidak berjawapan. Kadang-kadang, Nabilah kecewa dengan keadaan itu. Kenapa dia tidak diberi peluang untuk mengenali ibunya sendiri?
Dalam tidak Nabilah sedari, perbuatan papanya itu, sedikit sebanyak mendatangkan kesan padanya.Hatinya sayu apabila melihat tangisan papanya, bagaikan sedang menyembunyikan keperitan yang terlalu besar. Di terus mengalirkan air mata, mengiringi perasaan sedih papanya. Nabilah terduduk di sebalik pintu. “ Fatihah” suara syahdu papanya itu terus menemani tangisan mereka berdua pada malam yang hening itu.
***
Alya cepat-cepat melangkah keluar daripada kapal terbang. Dua jam dalam kapal terbang tu, bagaikan berapa hari! Rimas Alya, asyik kena cover muka dia. Kalau la lelaki tu tau siapa dia...mati! Dia menarik nafas lega.Dapat juga dia lari daripada pemuda tersebut akhirnya...Tapi, muka dia bukannya panas baran sangat pon...
***
” Anak Dato’ ke mana? Tak nampak pun sejak kebelakangan ini!” tanya Dato’ Zahari lembut.
” Biasalah, ayahnya sakit.Aku wakilkan dia ajalah pergi mana-mana”jawab Dato’ Hisyam dalam nada bergurau.
” So, Syam, macam mana share syarikat kamu? Dah dapat tender dah?” Dato’ Zahari mengungkit hal perniagaan.
” Pasal syarikat, buat masa ni semuanya dalam keadaan stabil. Aku still boleh menguruskan dari rumah. Tapi, yalah, Ari, kita ni kan dah tua.Aku ni pun, bukannya lama sangat. Entah larat ke tidak nak menguruskan syarikat tu sorang-sorang” ujar lembut Dato’ Hisyam.
” Anak aku pun, belum habis belajar. Aku tak nak dia pegang beban yang berat ni masa dia muda.”tambahnya lagi dalam nada yang sedikit sedih.
Dato’ Zahari memegang tangkal kerusi roda.
” Tak baik kamu cakap macam tu. Allah itu Maha Kaya, setiap ujian, pasti ada hikmahnya. Kita hanya mampu berdoa, Syam.”nasihat lembut rakannya itu.
“ Aku bukan bimbang perkara tu sahaja. Kamu tahulah apa yang berlaku antara aku dengan Fatihah. Kesian Kimi kena tanggung segala penderitaan kami.”
“ Aku malu, Ari! Malu!” Dato’ Hisyam menekup mukanya sambil tertunduk.
” Sudah lah tu, Syam. Perkara yang telah berlalu biarkanlah ia berlalu. Tak payah dikenangkan lagi.Yang penting, kita fikirkan masa depan anak-anak kita.” jawab Dato’ Zahari, memujuk, sambil memegang kuat kedua-dua bahu rakan itu.
” Dato’ mari minum nescafe. Panas lagi ni” Mak Minah datang, sedang menatang air minuman buat mereka. Dato Hisyam mendongak lalu tersenyum. Memang sukar untuknya melupakan Fatihah, tapi apakan daya, kata Dato’ Zahari ada kebenarannya, perkara yang sudah berlalu biarkan ia berlalu. Jangan disimpan lagi. Jika tidak ia hanya memeritkan sahaja.
***
Ramai juga yang datang ke majlis perkahwinan Zainal.
” Abang Kimi! Dah lama dah abang tak datang sini. Kami semua rindu tau kat abang” tegur mesra Zarina pada Hakimi. Hakimi tersenyum tawar memandang gadis tinggi lampai di hadapannya. Sudah besar Zarina sekarang. Masa kali terakhir mereka berjumpa pun, ketika Hakimi darjah enam. Lama betul!
” Zarina SPM kan tahun ni? Dah buat persediaan?”tanya Hakimi sopan.
”Ada lah sikit-sikit” Zarina sebenarnya tak berapa berminat akan soalan itu. Hakimi bersalaman dengan semua saudara maranya. Rindu juga dia dengan saudara-maranya itu. Maklumlah dah bertahun tak jumpa.
” Tahniah! Cepat betul kau kahwin!” Hakimi bersalam lalu berpelukan dengan Zainal. Zainal ketawa.
“Kau pun, tak lama lagi tu, kahwin la!“ gurau Zainal. Mereka berborak sebentar tapi tidak begitu lama. Pengantin baru, ada banyak kerja. Hakimi agak kebosanan sebenarnya. Dia tidak begitu menggemari menghadiri majlis sebegitu.Bosan! Tapi, inikan majlis perkahwinan sepupunya. Terasa hati pula kalau Hakimi tak hadir.
***
“So, sayang, macam mana dengan majlis tu?“ tanya Datin Hazlina penuh tanda tanya.“Alya dekat majlis ni la sekarang. Sorang pun Alya tak kenal tau. Bosanlah, mama“ adu Alya, manja.
”Kak Alya! Kak Alya, kan!?“
“ Long time no see!“Alya perasan akan suara itu dari belakangnya, lalu berpaling.Dia terus menamatkan panggilan.
“ Eh, Zarina! What are you doing here?” Alya agak terperanjat dengan kehadiran gadis itu.
“ Well, ni rumah I la, abang I yang kahwin. Tak sangka akak datang sini!” ungkap Zarina sambil memegang bahu Alya.
“ What an accidentally we meet here! Tak sangka dapat jumpa you kat sini.”bulat mata Alya sambil menghulurkan tangan, bersalaman dengan Zarina.
” Me too! Tak sangka, kan. I ingatkan dah tak dapat jumpa akak lagi.” Zarina senyum, teringat kenangan lama antara mereka. Alya mengangguk.
” Yup, akak pun ingat macam tu juga. Last time we met pun, time last reunion for team debate, kan!” Alya dan Zarina begitu gembira apabila bertemu. Mereka bergelak tawa hampir beberapa jam lamanya. Biasalah, sudah namanya kaum wanita!
***
Hakimi memandang sekeliling. “Hah, sampai pun kau! Ada juga teman nak ajak berbual. Aku ingatkan tadi kau tak dapat datang.” Hakimi memulakan perbualan.” Hey, tak kan aku nak tolak pelawaan kawan lama! Rugi beb!” Hassan ketawa besar. Nampaknya, tak bosanlah Hakimi kali ni.
”So, apa kau buat sekarang?” Hassan mendongak sedikit.
”Aku belajar, bidang architecture, kat KL.”
“Hey, that’s good! Kan aku dah cakap, suatu hari nanti, darah seni kau tu akan dapat digunakan juga!” Hassan menepuk belakang Hakimi. Berderai tawa Hakimi. ”Haha! Kau tengoklah, kawan kau nanti, akan jadi the most famous architect in the world! Hakimi mengangkat kening, ala-ala Ziana Zain!
“Kau?” “Mesti jadi taukeh kelab boxing, betul tak?” gurau Hakimi masih berderai tawanya.
“ Hey, aku bergaduh, cerita lama,ok!”Hassan menangkap nada bergurau Hakimi secara positif.
“ Aku sekarang banyak kemajuan tau tak. Next month, aku kena pergi Jepun, dapat tawaran for computering.”Hassan bangga.
“ Wow! That’s excellent!” Hakimi menumpang kebanggaan Hassan.
***
Alya menghirup air sirap yang agak tawar rasanya. Zarina tersenyum di hadapannya. “Kak Alya, I ada kerja la nak buat. Akak duduk la dulu, tak pun, pergi ambil makanan, k!” Alya mengangguk.
Penuh pinggan Alya. Lauk pelbagai, mungkin rambang mata agaknya. Perut Alya kan tengah bergendang.Alya menatang pinggannya, penuh hati-hati.
Ah, tidak!! Baju Alya comot terkena nasinya sendiri. Hisyh, memang nak kena orang ni. ’Ingat aku beli baju ni dengan air liur ke?’geramnya Alya. Kali ni, dah tak boleh bersabar! ” Hey, awak tak nampak ke saya tengah bawa makanan tadi? Awak jalan tengok apa?” amarah Alya tak boleh dihalang kali ni. ”Alamak, sorry cik, saya tak sengaja” bersalah Hakimi melihat keadaan baju gadis itu. ” Eh, bukan ke, awak ni ke yang saya jumpa dalam plane tadi?”Hakimi perasan akan wajah itu.
Alya tergamam. Takkan dia lagi! Buntu juga Alya kali ni. Biarkanlah, kata orang ini hanya ujian. Alya terus mengambil kata putus, mungkin ini cara paling selamat untuk dia.” Eh, cik, tunggu!” Hakimi cuba menghalang, tapi gagal. ’Pelik! Tadi bukan main lagi marah, tapi tiba-tiba sahaja lari’ Hakimi menggaru kepala.
”Isyh, apsal aku jumpa dia lagi? Macam mana ni!” Alya resah, mencari idea untuk keluar dari masalah itu.
”Dia tak perasan ke muka aku ni?” dalam masa yang sama Alya membelek-belek mukanya.
”Hisyh, tak kan lah tak perasan. Rasanya, kalau tengok lama-lama, mesti dia perasan juga!” Alya masih berdialog dengan dirinya.
Dari tadi lagi Hakimi memerhati gelagat gadis itu dari belakang. Cakap sorang-sorang. Entah siapa yang dia maksudkan agaknya!
”Siapa?” Alya perasan akan bunyi ranting kayu patah. Hakimi mengeluh. Perasan juga Alya. Hakimi keluar dari tempat persembunyiannya.’Alamak, dia ni lagi!’kuat hati Alya berperang.
”Erm, pasal baju awak tu, saya minta maaf.” sopan Hakimi.
”Tak apa, dah bersih dah pun” Alya tunduk.”Er,Saya ada hal la, pergi dulu” Alya cuba lari. Takut!
”Nanti!” tegah Hakimi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment