”Kenapa awak nampak saya je, awak nak lari?” Nampaknya, Hakimi benar-benar tidak perasan akan wajah Alya
” Muka saya ni macam orang jahat ke?” sambung Hakimi, meraba-raba seluruh mukanya. Muka Alya pucat, tidak tahu berkata apa-apa.Dia masih tunduk, tidak berani menayangkan muka depan Hakimi.
”Maaf!” itu sahaja yang Alya dapat katakan sebelum pergi.
Nampaknya, Hakimi gagal lagi memecahkan kehairanan itu. Hakimi mengangkat bahunya. ’Sah! Gaduh dengan boyfriend!’ masih membuat kesimpulan yang sama.
**
”Kak Alya!” ” Eh, bukan ke tadi akak pakai baju colour lain ke?” hairan Zarina. Alya tunduk sedikit sambil tersenyum.
”Magic” Alya ketawa.
” Tak adalah, tadi ada orang tak betul langgar akak! Habis tumpah nasi atas baju akak, tau!”
” Siapa? mesti teruk kan dia tu!” sambung Zarina.
” Ha’ah! Memang teruk!”kutuk Alya bersemangat.
” Ha’ah la, lalaki jahat mana, ye yang langgar tu” pintas Hakimi dari belakang. Alya kenal suara tu!
Isyh!Tak sangka pula lelaki tadi dengar perbualannnya. Terlopong juga Alya seketika.Alya tertunduk malu. Dia terus lari meninggalkan Hakimi dan Zarina. Zarina pula tercengang-cengang.
” Abang kenal ke dia?” duga Zarina. Hakimi hanya tersengih.
***
Mengeluh sana, mengeluh sini. Sekejap berpaling ke arah kiri, sekejap ke kanan,macam ada masalah dunia pula! Begitulah keadaan Alya sepanjang malam. Tak tidur lena dibuatnya, memikirkan hal tadi. Ingatkan, tak jumpa lagi lelaki tu. Tak sangka!
” Eh, mimpi apa kau call aku malam-malam ni?” Alya berkeputusan membongkarkan kerisaunnya pada Amalina.
” Aku tak dapat tidur la!” sungut Alya. Dia menarik nafas dalam-dalam.
”Ama! Aku nak tanya kau satu soalan, boleh tak?” Amalina menguap.Mengantuk. ”Hmmm. Apa dia?” tersengguk-sengguk Amalina. Tapi, apakan daya, melayan kerenah rakan baiknya tu.
”Kalau kau jumpa someone, tapi sebenarnya, kau tak nak sangat jumpa ngan dia...mmm..tapi, kau selalu terserempak dengan dia, apa kau buat?” Alya tergagap-gagap. ”Huh? Kau cakap apa ni, Alya. Aku rasa, baik kau tenangkan diri dulu. Pergi basuh muka, baca Qulhu-Allah banyak-banyak, ok!”pesan Amalina.
” Ama! Hello? Hello?” Alya mematikan talian. Nampaknya, Amalina pun tak boleh faham situasi Alya. Alya bangun, menuju ke bilik air. Membasuh mukanya, lembut. Ama kata baca Qulhu-Allah.
***
Ruang tamu keluarga Datin Zawiah penuh dengan saudara-maranya yang datang dari jauh. Datin Zawiah mengukirkan senyuman yang kelat sedikit. Tak mampu menghadiahkan senyuman manis, terlalu letih. Semalam hanya akad nikah, hari ni pula bersanding!
” Macam mana first night?” Hakimi menegur Zainal dari belakang. Dari tepi, muka Nina dah bertukar merah. Malu bila Hakimi bertanya begitu.
” Isyh, ok!” Mereka ketawa.
” Akak, relax. Saya gurau je!” Hakimi perasan akan perubahan wajah Nina.
”Kak Nina!”
” Berseri-seri akak hari ni.” celah Zarina.
” Yelah, hari ni kan nak bersanding!” guraunya lagi. Nina senyum sahaja. Tidak tahu nak komen apa. Malu-malu kucing lagi!
Pasangan yang bersanding itu begitu cocok sekali. Di atas pelamin, Zainal dan Nina tersipu-sipu malu. Wartawan-wartawan pula, berpusu-pusu mengambil gambar. Maklumlah, siapa tak mahu mengambil berita tentang perkahwinan artis terkenal tanah air. Pasti mereka tidak mahu terlepas dengan berita-berita hangat begini. Datin Zawiah juga mengakui, risiko bermenantukan artis agak tinggi, tapi sudah pilihan Zainal, Datin Zawiah hanya menurut. Untuk kebahagiaan dia juga.
”Abang, ini akak Alya. Dulu, dia sekolah sama dengan Zarina, tapi sekarang dia dah belajar dekat u dah. Kalau abang nak tahu, kak Alya ni, team debate sama dengan Zarina, tau!” terang Zarina panjang lebar. Alya menyambut salam Zainal dan Nina dengan mesra.
” Owh, nice to meet you. Zarina ada juga cerita pasal awak sikit-sikit.”
” Anyway, this is my beautiful wife, Nina. ” ujar Zainal, senyum.
“ I know, siapa tak kenal, orang famous! I’m Alya, saya suka tengok awak berlakon. You are very good, you know!” puji Alya, tidak segan. Nina tersipu-sipu malu. “ Tak ada la terror sangat. Still tak boleh kalahkan Nasha Aziz, kan, tak pun Rita Rudaini!” gurau Nina menceriakan suasana. Mereka berempat ketawa berdekah-dekah.
Dari jauh, Alya nampak kelibat Hakimi.
” Boleh tanya tak, Zarina?” Alya menarik tangan Zarina, jauh dari pasangan pengantin itu sedikit.
” Siapa tu?” jari telunjuknya menunjuk ke arah Hakimi.
” Yang handsome tu ke?” Zarina balas.Handsome ke? Duga hati Alya. Alya sekadar mengangguk, mengiyakan sajalah!
” Itulah, cousin I! Hakimi! Handsome, kan! ” ujar Zarina bangga. ’ Patutlah asyik nampak muka dia kat sini! Ingatkan orang gila mana sesat!’ bisik hati kecil Alya. Nampaknya Hakimi semakin menghampiri mereka. Alya nampak!
” Sorry ya, Zarina, Zainal, Nina, i have to go.Ada urusan penting. Assalamualaikum” Alya berlalu begitu sahaja.
” Kenapa tu?” Hakimi pelik melihat reaksi Alya yang agak tergopoh-gopoh.
” Entah, dia cakap dia ada urusan penting. Tapi, tadi ok je. Dia takut kat abang kot!” ujar Zarina selamba. Hakimi tertawa. Takut kat aku?
Lega Alya, dapat juga dia lari dari tempat tu.
***
Zarina mengeluh sambil memuncungkan mulutnya. Benci betul, ada orang datang kat rumah pun kena buat kerja! Rungut Zarina.
”Ibu, kenapa tak nak ambil orang gaji. Duit papa kan banyak!” sudah banyak kali Zarina mengulang permintaan yang sama. Tapi, ibunya degil. Kata orang, pembantu rumah sekarang, tak boleh dipercayai, ramai yang jahat! Jika setiap kali diungkit, itu sahaja jawapan yang diberi Datin Zawiah. Zarina menggeleng. Banyak juga baju yang perlu dibasuh. Tambahan lagi, saudara-maranya datang. Kalau nak harapkan ibunya seorang sahaja yang buat kerja rumah, tak kannya larat! Zarina tunduk, mengangkat bakul yang penuh berisi baju kotor.
” Abang Kimi!” terbantut niat Hakimi untuk menuruni anak tangga apabila namanya dipanggil.
” Kenapa?” Zarina berlari-lari anak mendapatkan Hakimi.
” Ni ha, abang punya ke? Zarina jumpa dalam poket kemeja abang” Zarina menunjukkan sekeping kad yang dijumpainya. Hakimi buat muka selamba.
” Ha’ah, abang punya. ” terus dia menarik kad itu dari tangan Zarina.
” Thanks” sambung Hakimi. Zarina pelik.
” Abang! Kejap, Zarina nak tanya” dahinya sedikit berkerut kali ni.
” Ni kad siapa? Girlfriend abang ke?”
” Bukanlah, abang jumpa, before datang sini” ujar Hakimi, jujur.
” Well, abang kenal ke dia ni siapa?” soal Zarina. Hakimi agak pelik juga apabila ditanya begitu. Macam disoal siasat pula. Kenapa sepupu dia ni sibuk sangat nak tahu? Hakimi sekadar menggeleng.
” Erm, Alya Aida. Zarina macam kenal je dia ni.” Zarina mengangkat keningnya.
“Siapa?” Hakimi cepat-cepat bertanya apabila mendengar Zarina berkata begitu. Nampaknya, dendam Hakimi masih belum habis lagi.
”Eh! Kenapa nak tahu sangat ni?” gurau Zarina. Hakimi menunjukkan muka sedikit geram. Saja mahu menakutkan Zarina.
” Ok! Kalau abang nak tahu, Alya Aida ni, akak tadi lah! Yang cantik tu, kawan Zarina” Hakimi mengerutkan dahinya. Masih tidak dapat mengenal pasti.
” Ala, yang abang terlanggar masa dia bawa nasi hari tu!” Zarina menolak kuat bahu Hakimi, geram!
” Oh! Yang tu ke?” Hakimi ketawa.
Hakimi senyum sorang-sorang. Tak sangka, gadis yang ditemuinya dalam kapal terbang dan gadis yang dilanggarnya ketika di majlis perkahwinan sepupunya, adalah gadis yang sama yang telah memecahkan angsa kristal di kedai beberapa minggu lalu. Sungguh kebetulan!
****
Suasana di Kolej Intelektual Malaysia agak tenang. Di tambah pula, hujan yang renyai-renyai, menenangkan lagi keadaan. Ramai dalam kalangan pelajar dalam bilik kuliah sudah tersengguk-sengguk, mengantuk Alya pula, masih tekun mencatatkan nota pada bukunya.
Kring! Nampaknya, loceng kegemaran mereka telahpun berbunyi. Ada di antara mereka, menarik nafas lega. Dapat juga mereka melepasi zon mengantuk. Alya dan Amalina berjalan beriringan. Seronok betul mereka berbual, sampai orang lain di sekeliling mereka pun mereka tidak perasan.
” Alya Aida.Ehem!!” tiba-tiba satu suara menegur mereka dari belakang. Macam suara Akmal, budak satu kuliah dengannya. Alya dan Amalina berpaling serentak. Alya tergamam. Dia kenal wajah itu! ” Boleh saya bercakap dengan awak?” sopan Hakimi, memandang tepat anak mata Alya.
” Err....” Alya gagap lalu mengangguk sedikit. Kecut Alya. Apa pula sekarang? Amalina berlalu, tanda memahami, membiarkan Alya dan Hakimi berdua.
***
” Maaf. Saya tak perasan masa tu. Betul-betul tak perasan!” Alya tunduk, mengaku salah, sebaik sahaja Hakimi menyatakan tujuan kedatangannya. Hakimi menggeleng. Mukanya begitu masam, macam nak makan orang pula. Alya menelan air liur, takutnya dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu.
“ Patut lah setiap kali jumpa saya, awak lari, rupanya nak elakkan dari saya tahu siapa awak sebenarnya, kan!”
” Awak takut saya minta ganti rugi. Gitu? Dahlah, buat salah, pastu lari macam tu je. Kau tahu tak kristal tu harga dia berapa?” Nampaknya Hakimi memang betul-betul marah. Perkataan saya awak tadi dah jadi kau aku. Alya menggeleng.
“ Lima belas ribu, tau tak. Boleh beli kereta! Kalau ayah aku tahu, aku dah belanja duit yang dia beri, mati aku!” Hakimi buat muka tak puas hati. Menghentak sedikit meja. Lalu bangun. ”Lima belas ribu?!” Alya juga terbangun. Terkejut Alya. Mahalnya!
” Yelah, ingat murah ke?” sambung Hakimi. Pandai juga aku berlakon! Bagaikan nak pecah perut Hakimi menahan ketawa, tak sangka gadis itu boleh ditipu dengan senang.
” Aku nak kau ganti balik duit aku!” selamba muka Hakimi.
” Tapi, Encik Hakimi, saya tak ada duit.” terus terang Alya. Sekaya mana pun dia, semua harta itu pun papanya yang punya. Kalau minta tolong dengan papanya pun, jangan harap dia nak bagi. Tambahan pula, itu kan kesalahannya sendiri. Hakimi termenung kejap. Tidak pula dia terfikir akan perkara tu. Kalau tak ada duit, nak suruh buat apa, ya? Hakimi tersenyum selepas tu. Nampaknya dia dapat idea yang lagi bagus untuk kenakan Alya.
” Kalau macam tu, kerja dengan aku. Tak payah susah-susah nak bayar. Gaji kau, aku akan ambil, setiap minggu.” Hakimi membetulkan jeansnya sedikit.
“ Macam mana, setuju?” Alya sebenarnya memang memberontak. Sampai mati aku tak kan kerja dengan kau! Dah lah garang! Menyampah aku! Bentak Alya dalam hati. Tapi, apakan daya.
**
” Seronok berurusan dengan Cik Alya. Esok mula bertugas!” Hakimi senyum sinis. Nampaknya rancangan Hakimi berjaya. Tak sangka Alya boleh tertipu.
Alya mengeluh.
” Kenapa ni, muncung je! Macam platipus mama tengok.” sindir Datin Hazila. Alya diam sahaja. Terus naik ke bilik. Dia baring di atas katil, lalu melelapkan matanya. Harap-harap, malam ni mimpinya indah. Esok, Alya yakin, pasti satu mimpi ngeri buatnya.
Yusran menggeleng melihat Hakimi. Bersemangat dia menceritakan pada Yusran.
” Biar padan muka dia, tu lah, dah lah lari macam tu je, pastu ada ke dia kata aku ni teruk, aku bukannya sengaja nak langgar dia!” tangan Hakimi dari tadi bergerak ke sana ke sini. Seronok sangat bercerita.
” Kimi, tak baik la kau buat macam tu. Dahlah lima belas ribu, tak logik tau tak!” ujar Yusran.
” Come on, Yus. Seronok apa.Dia boleh percaya aku macam tu aja.” Hakimi ketawa. Yusran tak tahu nak buat macam mana. Biarlah.
****
Marina memandang board buletin. ”Proms Night” Marina nampaknya sudah ada rancangan. Majlis tu akan berlangsung lagi tiga minggu. Walau apa cara sekalipun, Marina mahukan Hakimi menjadi temannya. Tiada yang lain.
**
Alya turun dari bas dengan tergopoh-gapah. Geramnya hati Alya. Hendak sahaja dia campak Hakimi dalam laut ketika itu.
” Tugas pertama kau, beli makanan, hantar kat kolej aku” ” Tapi, saya ada banyak kerja ni. ” Alya betul-betul tersepit ketika itu. Assingmentnya, banyak lagi tak siap
” Oh, tak nak buat kerja, ya! Aku lapor kat parents kau?” Hakimi ugut.
” Ingat! Combo! 10 minit, lambat, siap!” tegas suara Hakimi.
” Combo satu” pesan Alya pada penjaga kaunter.Lepas je beli, cepat-cepat Alya ke apartmen Yusran, di mana Hakimi lepak.
” Good! Menepati masa” Hakimi senyum sinis. Alya masam.
” Terima Kasih, ya. Kau boleh pergi” Selamba Hakimi. Tak fikir langsung perasaan Alya. Dahlah penat. Alya pendam sahaja perasaan marahnya. Baru hari pertama, sabar! Sabar. Dugaan! Alya cuba tabahkan hatinya.
***
Hakimi pulang tepat-tepat pukul sepuluh malam. Rumahnya sedikit sunyi malam ni. Mungkin papa dan Nabilah tidur awal, kot. Dia menuju ke dapur, meneguk secawan air sejuk.
Hakimi macam terdengar sesuatu. Dia menjenguk ke seluruh penjuru dapur. Nampak Nabilah duduk di ceruk meja makan. Teresak-esak menangis. Hakimi mendekati Nabilah, penuh tanda tanya.
” Hey, kenapa ni?” tanya Hakimi lembut. Nabilah tidak menjawab, lalu memeluk Hakimi. Bahu Hakimi basah.
” Billa nak jumpa mama! Billa nak jumpa mama!” Nabilah meluahkan isi hatinya. Hakimi senyap.
” Jangan jumpa mama” ujar Hakimi lembut.
” Kenapa?” soal Nabilah mengesat sedikit air matanya.
” Abang kata jangan jumpa, jangan jumpa la!” tengking Hakimi, tiba-tiba.
” Dah, pergi tidur. Jangan tanya abang lagi kenapa” ujar Hakimi tegas.
” Kenapa? Salah ke Nabilah nak tahu pasal mama Bila?” bidas Nabilah tidak puas hati. Hakimi tidak tahu mahu beritahu apa.
” Masuk!” arah Hakimi, tangannya menunding ke arah bilik Nabilah. Nabilah hanya menurut, kecewa dengan reaksi Hakimi.
” Kimi, kenapa kamu tengking adik begitu? Biarlah, dia ingin tahu pasal mamanya.” ujar Dato’ Hisyam yang dari tadi memerhati gelagat dua beranak itu.
” Nabilah tak patut tahu semua ni. Kimi tak nak dia tahu siapa mamanya!”tinggi nada suara Hakimi.
” Kimi, dia kan mama kamu berdua juga.” Dato’ Hisyam menggeleng. Hakimi tunduk, mukanya merah.
” Dia bukan mama Kimi! Mama Kimi tak pernah wujud!” ”Ya, Allah, Hakimi. Dia mama kamu, kenapa kamu tak nak mengaku?” pujuk papanya lagi.
” Ah, papa masih nak menyebelahi dia? Kalau dia mama Kimi, tak kannya dia tinggalkan kita macam tu je! Lari dengan lelaki lain! Tak cukup itu lagi, dia juga yang menyebabkan kaki papa lumpuh! Papa tak sedar lagi ke? Dia yang musnahkan kebahagiaan kita! ” air mata Hakimi bergenang di kelompak matanya. Hakimi terduduk. Dato’ Hisyam, memegang lembut bahu Hakimi.
” Sudahlah tu, Hakimi.Perkara semua ditentukan Allah. Tak boleh ke kamu maafkan mama kamu?” ujarnya lembut. Hakimi menepis tangan papanya.
” Ah, sampai bila-bila Kimi tak kan maafkan dia! Takkan!” Hakimi bangun, menuju ke biliknya, menghempas pintu bilik, kuat!
***
” Fatihah, tolonglah, jangan tinggalkan abang.” Dato’ Hisyam menangis, memujuk Fatihah yang sudah siap mengemaskan beg-begnya. Hakimi hanya memerhati di belakang pintu. Walaupun umurnya masih 11 tahun, Hakimi memahami akan situasi itu.
” Maaflah abang, saya cintakan Stephen. Selama ni, saya kahwin dengan abang pun kerana terpaksa” ujar Fatihah, langsung tidak memandang suaminya.
” I’m sorry.” ujarnya lagi.
” Tolong jaga anak-anak kita” wajahnya selamba saja, macam tiada rasa bersalah langsung!
Dato’ Hisyam tidak dapat menerima kenyataan itu. Dia merayu pada Fatihah, namun Fatihah langung tidak mengendahkannya. Boleh lagi Fatihah mencium pipi Stephen di hadapan suaminya.
” Saya nak minta cerai. Tolong lepaskan saya” Fatihah memandang tajam ke arah Dato’ Hisyam.
” Fatihah!” Dato’ Hisyam mengejar Fatihah yang sudahpun berlalu, menuju ke arah kereta mewah milik Sulaiman.
Dato’ Hisyam masih tidak berpuas hati. Dia mengejar kereta merah yang dinaiki Fatihah. Dia memecut. Laju!
Hakimi berlari-lari sambil menangis, dipimpin oleh Mak Minah, menuju ke wad kecemasan, sebaik sahaja mereka dimaklumkan tentang kemalangan papanya. Nabilah pula, menangis-nangis di pangkuan Mak Minah. Bayi itu, masih tidak tahu apa-apa lagi.
Mak minah bangun dari tempat duduk yang sudah 4 jam didudukinya.
” Macam mana, doktor?”
” Tuan saya selamat?” muka Mak Minah bimbang sekali.
” Dia selamat. Mak cik jangan risau. Tapi.... kakinya lumpuh. Harap mak cik sabar, ya. Mungkin dia akan mengalami gangguan emosi buat seketika. ” terang doktor itu, panjang lebar, sambil tunduk sedikit. Hakimi tergamam! Dia dengar semua kenyataan itu.
Bukan itu sahaja yang harus dilaluinya, papanya mengalami gangguan emosi selama setahun. Sampaikan ketika itu, papanya tidak mengenalinya langsung.Hakimi tetap tabah menghadapinya, sehinggalah papanya beransur baik. Sebab itulah, dendam Hakimi kepada mamanya semakin lama, semakin membara. Bukan sahaja mamanya, dia juga tidak percayakan perempuan lain.Kesian Hakimi, terpaksa melalui semua itu. Tidak sangka disebabkan peristiwa itu, sehingga kini Hakimi berprejudis kepada kaum hawa.
Mula-mula papanya gembira juga apabila mengetahui Hakimi mempunyai teman wanita. Dia sangka Hakimi tidak lagi berprejudis, tapi Dato’ Hisyam kecewa juga. Hakimi hanyalah ingin mempermainkan mereka disebabkan dendam! Kesian betul Hakimi. Tapi, apakan daya, semua itu bukan salah dia. Mungkin Hakimi terlalu kecil ketika itu untuk menerima segala peristiwa yang menimpanya.
****
Langit yang tadi agak mendung bertukar cerah dan ceria. Pokok-pokok pula megah berdiri, kehijauan, angin pula bertip sepoi-sepoi bahasa, seperti menyambut kedatangan Rafiniey ke kolej itu. Hari ini Rafiniey dikehendaki mendaftarkan diri di kolej barunya. Kolej Universiti Teknologi Malaysia. Rasanya macam pernah dengar nama kolej ni. Erm.. musykil juga Rafiniey.
” Saya nak daftar.” ujar Rafiniey kepada kerani pejabat tersebut.Bia dah selesai daftar, Rafiniey cepat-cepat mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Alya. Excited sangat kot!
” Alya! Dah lama tak keluar sama, petang ni keluar ya. Pukul 3, ok” itulah janji Rafiniey kepadanya. Tapi, dah lama dah Alya tunggu, Rafiniey masih belum sampai-sampai. Ada masalah ke? Bimbang juga Alya.
” Alya, sorry sangat! Traffic jam la!” Rafiniey mengejutkan Alya dari tepi.
” Ingatkan tak nak datang, tadi!” Alya memuncungkan sedikit mulutnya, diikuti tawa yang berderai.
” Kau cakap nak cerita kat aku something! Apa dia?” berminat Alya ingin tahu. Rafiniey menghirup air di hadapannya, bermain-main dengan jari-jemari runcingnya.
” Er...macam mana aku nak terangkan kat kau, ek.” Rafiniey menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mengetap bibirnya.
” Aku rasa kan... aku dah..err..jatuh hati kat someone la, Alya. Sejak beberapa hari ni, aku asyik teringat je muka dia. Time makan, aku nampak dia, time tidur pun aku nampak, apa-apa aku buat pun aku nampak muka dia, tau tak!” ujar Rafiniey dalam nada yang sedikit gelabah. Alya senyum, lalu memegang tangan Rafiniey. Ini berita gembira!
” Hey, good lah. Bukan senang kau nak jatuh hati kat someone tau! This is a good news, Finiey! So, tell me, who is the lucky person, sampai boleh buat kau jadi angau sampai macam tu sekali?”
Tangan Rafiniey sejuk. Takut benar, dia!
” Erm.. Macam ni sebenarnya. Alya, kau ingat tak masa kau pergi Mid hari tu? Sepatutnya kau temankan aku pergi jalan-jalan hari tu? Ingat tak?” mula-mula Alya menggeleng, lepas tu mengangguk, seperti tak pasti.
” Hari tulah, aku jumpa dia!” Panjang lebar Rafiniey meceritakan pada Alya.
Dari tadi Alya tergelak-gelak mendengar cerita Rafiniey.
” Macam cerita komik pula aku dengar. Kelakar la kau ni, Finiey!” tawa Alya, tak henti-henti dari tadi.
” So, kau nak buat apa?” soal Alya. Rafiniey menjungkit bahunya sedikit.
” Entah. Aku rasa aku tak kan jumpa dia lagi, kot ” dia tunduk. Alya pula menggeleng.
” Mungkin suatu hari nanti kau akan jumpa, jangan bimbang, k! Aku sentiasa doakan kau!” Tersengih-sengih Alya.
Alya memerhatikan jamnya.
“ Dah pukul 5?” Alya bangkit dari kerusinya.
“ Kenapa? Kan awal lagi” ujar Rafiniey, kehairanan.
“ Sorry, Finiey, aku ada hal, pergi dulu!” Alya meninggalkan Rafiniey yang tercengang-cengang.
**
Berlari sana, berlari sini, nampaknya kedai makanan laut berhampiran dengan stadium itu telahpun ditutup. Macam mana ni! Alya sedikit cuak.
“ Mana makanan aku? Dah lah lewat!” Tegas Hakimi yang sejak tadi khusyuk bermain playstation 3, langsung tidak memandang muka Alya. Yusran yang ada ditepinya juga, turut bermain bersama Hakimi. Dia malas mencampuri hal peribadi Hakimi. Lagipun, Yusran juga dapat ganjaran. Rezeki jangan ditolak! Alya tunduk.
“ Saya minta maaf, tadi saya jumpa dengan kawan sekejap, saya betul-betul lupa” Padahal, dalam hatinya, mengutuk-ngutuk Hakimi.
“ Ah, alasan! Kau jumpa dengan kawan kau ke, mak kau ke, bapak kau, nenek ngan atuk pun, kerja tetap kerja!” tengking Hakimi.
“ Kalau macam tu, aku kena denda, kau.”
“ Kemaskan rumah ni, sekarang! Sampai bersih”
“ Aku nak keluar makan dengan kawan aku”
“ Yus, jom!” arah Hakimi, tegas.
“ Kimi, kau tak rasa kesian ke, tengok dia?” tanya Yusran lembut. Kesian dia tengok Alya. Macam orang gaji pula dibuatnya. Hakimi pula senyap.
” Dahlah kau suruh dia kemas rumah aku. Serba salah aku,tau tak!” tambah Yusran lagi.
” Relax, dude! Perempuan tu, lurus bendul. Kita akan dapat banyak faedah kalau kita gunakan dia. Kau pun, dapat manfaat juga. Tak payah susah-susah kemas rumah. Betul tak? ” Hakimi tersengih. Sinis.
” Nanti terkena dekat kepala kau sendiri, aku tak tahu. Kau tanggung la sorang-sorang” kali ini Yusran memulangkan paku keras kepada Hakimi.
***
Alya masuk dalam biliknya. Mukanya muram sejak tadi. Dia mengambil bantal peluknya, lalu menjerit sekuat hati. Arghhhhhhh!!!!!!Geramnya!!!!!! Kalau lah mama dan papa serta rakan-rakannya tahu situasi Alya sekarang.
” Dah lah suruh buat kerja rumah! Dibiarkan aku kelaparan pula tu!” protes Alya.
” Aku tak ingin pun makan dengan duit kau!” Alya melepaskan geram. Dia mengambil semua baju dalam almarinya, lalu mencampakkan atas katil. Habis berderai.
” Alamak, kena lipat balik... Bodohnya aku.” ujar Alya sambil mengetuk-ngetuk dahinya.Alya memuncungkan mulutnya. Perbuatannya tadi tak semena-mena telah menyusahkan diri dia sendiri. Kelakar juga! Mulutnya asyik memuncung sejak tadi. Selepas selesai sahaja melipat baju, Alya cepat-cepat mencapai buku catatannya, dan mencatat segala perbuatan jahat yang telah dilakukan Hakimi kepadanya. Macam-macam yang ditulisnya>>>Yang paling banyak sekali,, DUGONG!! Haha..Ada lah lega sedikit hati Alya selepas menulis, namun masih tidak sepenuhnya.
*****
Cafe Kolej Universiti Teknologi Malaysia, penuh dengan pelajar. Tambahan pula, baru-baru ni ramai juga mahasiswa dan mahasisiwi baru yang mendaftarkan diri. Yusran dan Hakimi pula sedang sibuk memilih lauk untuk dimakan. Dari jauh, Yusran terpandang seraut wajah manis.
” Diana Rafiniey!” Yusran betul-betul tak percaya.Dia pelajar sini ke?
” Apa?” Hakimi menyoal, sebaik sahaja mendengar Yusran menyebut sesuatu.
” Erm, nothing. Aku just...” Hakimi menggeleng. Macam-macam.
” Kimi, aku rasa aku dah tau dah nak pilih siapa jadi partner aku
” Yusran menyuapkan buah tembikai ke mulutnya.
” Partner? For what?” berkerut-kerut muka Hakimi.
” La, untuk Prom Night minggu depan!”
“ Kau dah ada partner, belum?” La, baru lah Hakimi ingat. Nampaknya, dia kena cepat, kalau tak, tak ada partner lah Hakimi kali ni. Hakimi menggeleng.
” Aku memang betul-betul lupa!” Dia menonyoh dahinya sedikit.
” Apa la kau ni. Baik kau cepat. Aku dengar, Si Marina tu nak ajak kau!” Yusran merapatkan sedikit mukanya pada Hakimi, suaranya seakan berbisik.
” Hey, aku akan tolak. Dia tak dapat buat apa-apa!” Hakimi tenang sahaja.
” Hey, kawan! Kau tahu lah perangai Marina tu, dia akan buat apa sahaja kalau dia nak!” protes Yusran.
” Be careful.”
” Aku rasa, baik kau cari partner cepat-cepat. Untuk kebaikan kau juga
” Yusran memegang bahu Hakimi, lalu bangun dari kerusinya.
” Anyway, pastikan partner kau tu lagi cantik dari Marina. I think, maybe itu boleh menjatuhkan sedikit semangat dia.” Dia menepuk-nepuk bahu Hakimi sambil tersenyum sinis.
Hakimi termenung. Ada kebenaran juga dengan kata-kata Yusran. Tapi, mana aku nak cari perempuan yang cantik? Dah lah Marina tu, gadis yang boleh dikatakan paling menggoda habis lah dekat kolej tu. Boleh dikatakan, semua lelaki cair tengok dia. Jelingannya, cara dia jalan, stailnya. Memang meleleh air liur sorang-sorang!
***
Hari ni kerja Alya semakin berat. Ada ke Hakimi memintanya pergi beli barang. Dahlah menganggu masa Alya belajar, assingment-assingment Alya memang banyak lagi belum siap. Yang tak menahannya, semuanya barang-barang yang harus dibelinya, adalah barang-barang lelaki. Sampaikan malu muka Alya ketika ingin membayarnya. Pekerja di kaunter tu pun sudah memandangnya pelik.
” Apa, pandang-pandang? Tak pernah beli barang untuk suami, ke?!” Alya mengenakan paku keras kepadanya. Biar padan muka dia. Segala moodnya setiap hari pasti akan hilang begitu sahaja. Semuanya, gara-gara, Hakimi! Si bodoh tu! Jahat! Pembuli! Alya benci dia. Benci!

gile panjang..
ReplyDelete