Thursday, February 26, 2009

chapter 8 dah ni!



Alya mengeluh lalu menanggalkan anting-anting serta rantai pada lehernya. Dia memandang ke arah cermin, namun ingatannya masih teringat akan peristiwa tadi. Jantungnya berdegup pantas apabila matanya bertentang dengan mata redup milik Hakimi. Semakin Alya cuba berdalih, semakin jelas peristiwa itu pada mindanya.
” Isyh..Apa dah jadi dengan aku ni?!” soal Alya pada dirinya sendiri. Dia memukul sedikit dahinya agar sedar dari lamunan.
” Tak kan lah...” mata Alya sedikit membulat, jari runcingnya diletakkan pada dadanya.
” Tak! Tak! Mana boleh. Dia tu jahat la, Alya. Mana boleh kau suka kat dia! Tak boleh!” Alya meyakinkan dirinya sendiri dan menarik nafas dalam-dalam supaya melupakan peristiwa tersebut. Alya memulas kepala paip dan mencuci mukanya. Sebelum tidur, Alya tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai umat Islam. Dia sempat membaca beberapa mukasurat ayat suci Al-Quran. Akhirnya Alya terlena jua dengan harapan segala perasaan aneh yang dia alami tadi dapat dibuang jauh-jauh.


***


Yusran dan Hakimi melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Ramai pelajar yang memandang ke arah mereka dan berbisik sesuatu. Hakimi dan Yusran berasa sedikit tidak selesa, kadang-kadang rasa hairan juga.
” Yus, aku punya baju ada problem ke?” tanya Hakimi tiba-tiba.
” Tak ada pun. Ok je, aku?” ujarYusran sambil memandang seluruh tubuh Hakimi. Hakimi pula yang menggeleng. Salah seorang pelajar perempuan datang menghampiri mereka.
” Congrats! You dapat anugerah best couple semalam! Tapi, masa tu you dah keluar.” Ujarnya pada Hakimi. Hakimi hanya terpinga-pinga. Apa taknya, dia keluar awal semalam.
“ You dengan girlfriend you memang padan! Girlfriend you cantiklah!” pujinya ikhlas.Hakimi hanya tersengih selepas itu,diikuti dengan sengihan Yusran. Hanya mereka berdua tahu maksud sengihan tersebut. Hakimi dan Yusran menuju ke arah tempat duduk mereka dan membuka buku masing-masing. Hakimi dan Yusran tekun mencatat nota-nota yang diajar oleh pensyarah mereka. Maklumlah, peperiksaan sudah hampir tiba.
Kuliah telahpun berakhir. Hakimi dan Yusran melangkah tenang keluar dari dewan kuliah. Namun langkah mereka disekat oleh Marina dan rakan-rakannya. Hakimi mengeluh. Meluat rasanya melihat gelagat mereka bertiga.
” You nak apa?” tanya Hakimi.
” Kimi, I tahu, perempuan semalam tu bukan makwe you, kan?” muka Marina merah menahan marah.
” Dah tu, siapa? Tak kan aku nak bawak nenek aku pulak?” sindir Hakimi diiringi ketawa kecil.
:” You jangan main-main, okay. I dapat rasakan, ada something not right, here. I akan siasat!” tambah Marina sambil menundingkan jarinya pada dada Hakimi.
” Nampaknya, you tak tahu lagi kan kehebatan I? See you later, darling!” Marina menghabiskan kata-katanya. Dia melangkah meninggalkan Hakimi diiringi flying kiss kepadanya. Hakimi dan Yusran berpandangan apabila melihat telatah Marina, lalu tesembur ketawa mereka yang ditahan sejak tadi.
” Kehebatan? Kehebatan kepala bapak dia! Buat lawak betul lah minah ni!” ujar Hakimi sambil ketawa.
” Tapi, kau tak rasa dia akan siasat betul-betul ke, Kimi? Kalau dia tahu Alya tu bukan girlfriend kau, macam mana? Malu kau nanti!” Yusran seperti memberi nasihat kepada Hakimi.
” Kalau dia tahu pun, dia nak buat apa? ” jawab Hakimi acuh tak acuh.
” Hey! Kau tak tahu cerita ek? Boyfriend lama dia pernah dapat malu tau! Kes Marina siarkan gambar memalukan dia kat blog kolej kita. Habis satu kolej ketawakan dia. Ni mesti kau tak tengok blog kolej kita, ni. Kalau dia hebohkan cerita pasal kau pulak, macam mana? Malu, beb!” panjang lebarYusran bercerita.
” Erm, betul jugak kau cakap. It’s ok! Aku boleh uruskan, kau jangan risau. See the legs la!” ungkap Hakimi sambil meletakkan lengannya pada bahu Yusran.
” Kimi, one more thing. About Alya, sampai bila kau nak tipu dia? Aku rasa baik kau stop, aku rasa tak sedap hati la. Alya tu bukan la bodoh sangat, kau nak tipu. Kalau dia tahu kau tipu pasal harga kristal tu macam mana? Naya kau!” ujar Yusran dalam nada yang agak risau sejurus itu.
” Come on Yus! Aku dapat cover sejauh ni, kau tak rasa hebat, ke? This game is not over, yet! Lagipun, aku tak bersedia lagi nak lepaskan dia.” Jawab Hakimi.
“ Tak bersedia? Maksud kau? Or, maybe kau dah….jatuh hati kat dia la ni?” duga Yusran, membulatkan sedikit matanya. Hakimi agak terkejut dengan pertanyaan Yusran, dia sedikit kaget.
“ Hah!? Aku nak jatuh hati kat perempuan tu? Dude!! Dalam banyak-banyak perempuan she’s the last one that can make me fall in love with her! It’s impossible, Yus. Come on!” dalih Hakimi, tegas.
“ Jangan nak berdalih, Kimi. I can see it through your face. Sejak semalam lagi, aku perasan! Kau dah jatuh hati kat dia, betul tak?” soal Yusran bertalu-talu,
“ Dahlah, jangan fikir bukan-bukan, aku ada banyak kerja lagi kena buat.” Hakimi sengaja ingin mengelak daripada perbualan tersebut.
****

Alya mengalihkan kakinya yang bersarungkan wedges Vincci pada pedal minyak. Dia menghentikan enjin kereta, manakala tangannya yang satu lagi sibuk menekan punat telefon bimbitnya.
” Kimi, saya tak dapat kerja la hari ni, saya...sakit la, sorry!”Cepat-cepat Alya memutuskan talian, supaya Hakimi tidak lagi menyoalnya. Bagi Alya, buat masa ini, biarlah dia berehat dan menenangkan fikirannya, daripada berjumpa dengan Hakimi. Tambahan lagi, sejak berlaku peristiwa semalam. Alya dapat merasakan sesuatu perasaaan yang aneh tiba-tiba muncul ke dalam dirinya. Perasaan bencinya dulu pada Hakimi, makin lama makin menghilang. Sebab itulah, alya ingin mengelak daripada berjumpa dengan Hakimi, takut-takut perasaan itu bertukar menjadi........(faham-faham jelah..hehe).

Hakimi pelik. ’Alya sakit? Semalam ok, je!’ fikirnya. ’ Oh, dia saja nak tipu aku la ni!’

****
Alya menyandarkan badannya pada sofa, sambil menonton televisyen.
” Bibik, diorang semua tak balik lagi ke?” ujarnya lembut.
” Tidak lagi, Alya. Ibu kata, dia akan balik esok. Dia bawa adik-adik kamu sama tuan besar pegi makan angin. Katanya, di Cameron saja.” jawab Bibik Alya penuh hormat, sambil menghadiahkan senyuman manis padanya.
” Alya mahu apa-apa? ” sambungnya.
” Tak apalah, bibik. Alya nak rehat, je.”
” Kalau macam tu, Bibik mahu keluar sebentar, mahu pergi pasar raya. Banyak barang dapur yang sudah habis. Tak apa ke, Alya tinggal sorang?” soalnya.
” Tak apa, bik. Alya kan dah besar. ” ujar Alya.

Alya kembali menonton televisyen di hadapannya, tapi dia langsung tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya. Alya rasa bosan, tidak tahu nak buat apa. Dia terus menuju ke dalam biliknya, dan bersiap sedia untuk keluar melepaskan kebosanan. Walaupun agak pening, Alya rasa, tidak elok duduk terperuk di rumah sahaja. Makin melarat adalah.

Setelah bersiap, dengan menyarungkan jeans dipadankan t-shirt ringkas berwarna hijau, Alya menguak pintu utama rumahnya. Alya sedikit terkejut melihat tubuh tegap Hakimi betul-betul berada di hadapannya. Hakimi yang baru sahaja ingin menekan loceng rumahnya juga agak terperanjat. Melihatkan penampilan Alya, jelas sekali dia tidak sakit. ’ Perempuan ni, tipu aku la ni!’ fikirnya.

Alya sedikit gagap. ” Er,,, Kimi, awak datang buat apa ni?” soal Alya.
” Er... ” Hakimi juga gagap.Dia langsung tidak mengeluarkan kata-kata buat seketika. Cepat-cepat Hakimi berlagak cool selepas itu.
” Erm, aku datang buat apa?Kau cakap kau sakit.Aku tengok sihat je. ” ujar Hakimi dalam nada sedikit sinis.
” Er... sebenarnya..saya...” tidak sempat Alya menghabiskan kata-katanya, Hakimi terus memotong.
” Sebenarnya apa?? Kau ingat aku ni bodoh, ke? Patutlah aku rasa macam ada something tak kena. Ingat senang ke nak tipu aku? Kalau tak nak kerja hari ni, cakap lah tak nak! Senang!!” tengking Hakimi tanpa menghiraukan perasaan Alya. Tiba-tiba sahaja dia naik angin.
” Awak ni kenapa, tiba-tiba je marah? ” Alya sedikit terkejut dengan perubahan sikap Hakimi yang agak panas baran.
” Of course la aku marah!! Lain kali, kalau nak cuti, cakap!! Jangan nk bagi alasan sakit. Ok!” Hakimi memegang lengan Alya, kuat. Lengan Alya agak sakit apabila dipegang kuat oleh Hakimi. Dia agak takut dengan tindakan Hakimi.
” Kimi!! Awak ni kenapa?Sakitlah tangan saya!” suara Alya sedikit tinggi.
”Dengar sini, Alya..Jangan buat aku risau tak tentu pasal lagi.Ok?!!” ujar Hakimi merendahkan sedikit nadanya kali ini.
” Risau? Kenapa awak nak risau pulak? Hal saya, tak ada kena mengena dengan awak,tau tak!” Alya meninggikan suaranya, lalu menyentap tangannya daripada pengangan Hakimi. Hakimi hanya diam, belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba sahaja badan Alya terkulai layu dan jatuh ke arahnya.
Hakimi agak terkejut melihatkan Alya yang tiba-tiba jatuh pengsan. Tanpa memikirkn apa-apa, dia mengangkat tubuh Alya lalu membawanya ke dalam dan meletakkannya pada sofa pada ruang tamu. Hakimi agak cemas. Kenapa Alya tiba-tiba pengsan? Muka Alya kini berubah sedikit pucat.Hakimi terus menyentuh dahinya. Memang panas! Ya Allah! Suka hati aku je tuduh dia menipu.Sedikit sebanyak, perasaan bersalah melanda diri Hakimi.

****

” Alya, kamu dah sedar, ya?” suara itu samar-samar sahaja Alya dengar. Dia membuka sedikit matanya, dan melihat bibiknya sedang menghidangkan bubur padanya.
” Bik, dah pukul berapa ni?” ujar Alya sambil cuba untuk bangun.
“ Sudah pukul 8 pagi. Bibik sudah telefon kawan kamu. Suruh dia bilang pada profesor, kamu sakit, tak dapat datang kuliah ”ujar bibik.
” Saya sakit? Saya tak sedar, pun bik” Alya langsung tidak ingat apa-apa. Dia hanya rasa sedikit pening.
” Bibik pun tak pasti la, Alya. Semalam, masa bibik balik, kamu sudah ada di atas katil. Bila, bibik tengok ada tuala basah atas kepala kamu, bibik pun periksa la, takut-takut Alya sakit. Tambah-tambah lagi, bibik ada nampak ubat atas meja kamu” terang Bibiknya panjang lebar.
” Ubat? Alya tak ada beli ubat pun, bik. Pelik?! Siapa pula letak tuala basah kat kepala Alya? ” tanya Alya kehairanan.
” Bibik pun tak tahu.Isyh, mungkinnya, kawan kamu datang jenguk semalam. Tak kan itu pun Alya tak ingat?” kali ini Bibiknya pula yang hairan. Alya hanya, diam.
” Udahlah Alya, usah fikir semua tu. Baik kamu rehat. Nanti cepat baik, ya?” pujuk Bibik.
***

“ Kimi, bangun lah! Dah pukul berapa dah ni.” Ujar Yusran.
“ Ala, aku tak sihat lah, kau pergi la dulu, cakap kat prof aku sakit.” ujarnya ringkas.
“ Kau ni kenapa, Kimi. Dah lah datang rumah aku lewat malam, basah kuyup pulak tu.Kau pergi mana, semalam?” soal Yusran.
” Aku ada hal penting, lah!”
” Hal penting apa, sampai jatuh sakit, ni? ”
” Ah, kau pergi je lah class” tegas Hakimi, lalu menyelubungi kepalanya dengan selimut.
” Kalau tak nak aku sebok pun, pergi mandi dulu. Bau kau pelik la weh!” Yusran hanya mampu menggeleng. Apalah rahsia yang disembunyikan Hakimi kali ni.
****

Sebenarnya..

Bila je Alya pengsan, Hakimi berkeputusan untuk meninggalkan Alya sejurus sahaja dia meletakkan Alya di atas sofa.Tapi, Hakimi berasa serba salah apabila memikirkan dia telah menengking Alya sebentar tadi. Tambahan lagi, jam telahpun menunjukkan pukul sepuluh. Hakimi rasa tidak sampai hati ingin meninggalkan Alya seorang diri Tiba-tiba sahaja, telefon bimbit Alya berbunyi. Terdapat satu mesej, dan Hakimi pantas membacanya, takut-takut ahli keluarga Alya yang menghantarnya.

Alya, bibik balik lewat la hari ni. Bibik ada hal sikit! Maaf, ya.

Mesej itu sedikit mengecewakan Hakimi. Apsal la kebetulan sangat. (Citer memang slelalu camtu)Dia berasa agak risau ingin meninggalkan Alya seorang diri. Terpaksalah Hakimi menjaga Alya buat seketika. Sejurus selepas itu, Hakimi terus menuju ke ruang dapur untuk mengambil sedikit air, lalu meletakkan tuala basah pada kepala Alya supaya panas itu mereda sedikit. Setelah merasakan suhu badan Alya yang sedikit mereda, Hakimi rasa baiklah dia berlalu, lagipun tinggal berduaan dengan Alya di dalam villa itu, boleh mendatangkan fitnah.Tapi, baru sahaja Hakimi ingin meninggalkan villa itu, Hakimi dikejutkan suara Alya yang agak lemah.
” Tunggu...Tunggu la...” perkataan yang sama berulang-ulang, keluar dari bibir Alya. Hakimi pun tidak pasti Alya sedar ataupun tidak akan tindakannya itu. Entah-entah dia mengigau.Hakimi terus mendapatkan Alya dan duduk di sampingnya.Secara spontan, Alya menarik lengan baju Hakimi, memegang kemas kedua-dua tangan gagah milik Hakimi dan cuba untuk bangun. Namun, tiba-tiba sahaja Alya.....termuntah! Bukan itu sahaja, habis baju Hakimi kotor disebabkan muntah tersebut. Hakimi agak bengang juga, tapi bila melihatkan keadaan Alya yang agak teruk dan kasihan itu, biarkan sahajalah. Cepat cepat Hakimi menuju ke arah sinki bilik air untuk membersihkannya.
” Kau tunggu kat sini, ok!!” ujar Hakimi, sejurus sahaja membersihkan muntah Alya pada kemejanya dan pada sofa. Dia terus keluar daripada villa tersebut, untuk membeli sedikit ubat. Namun begitu, kebanyakan farmasi telahpun ditutup ketika itu. Keadaan juga bertambah sukar, apabila pada ketika itu hujan lebat.(Haha~) Hakimi terpaksa berlari ke sana sini di dalam hujan memandangkan dia tiada payung.Kesian Hakimi. Hakimi sendiri pun tidak menjangka perkara itu akan terjadi. Mujurlah, akhirnya, Hakimi menjumpai farmasi yang dibuka 24 jam. Dapat juga dia membeli ubat untuk Alya.
Hakimi pulang kembali ke villa milik keluarga Alya, sebaik sahaja membeli ubat tersebut. Dia langsung tidak menghiraukan keadaannya yang basah kuyup. Setelah memastikan alya memakan ubatnya, Hakimi terus meninggalkan villa tersebut. Harap-harap, Alya akan sembuh cepat.
Namun, jam sudah menunjukkan pukul satu pagi ketika itu.Mungkin ayah Hakimi akan tetanya-tanya, mengapa Hakimi pulang lewat. Terpaksalah Hakimi menyusahkan Yusran ketika itu. Tapi, Hakimi juga tidak menjangka dia akan jatuh sakit keesokannya.

’Arghh!! Sakit sikit je, Kimi. Kau bukannya lembik!!’ fikir Hakimi, lalu bangun dari tidur. ’Bagus jugak! Boleh aku cuti hari ni. Tak payah pergi kuliah!’ fikirnya lagi.

****
” Macam mana kau tau aku sakit, ni?” soal Alya pada Rafiniey yang sejak tadi khusyuk memerhati photo album miliknya. Alya yang masih belum menghabiskan sarapannya hanya melihat sahaja rakannya itu dengan pandangan yang agak keruh.
” Aku call kau pagi tadi, bibik kau cakap kau sakit. Kebetulan aku tak ada kuliah hari ni, aku datang la melawat kau.” jawab Rafiniey acuh tak acuh.
” Kenapa? Tak suka aku datang ke?” tambahnya lalu memandang tepat pada muka Alya yang kelihatan sedikit tidak bermaya.
” Ish, mana ada! Kawan baik aku datang, tak kan tak suka, kot. Sayang jugak kau kat aku, ya! Terharu aku..” ujar Alya lalu memeluk erat tubuh kecil molek milik Rafiniey.
” Ish, nak berdrama la pulak dia ni”Rafiniey kembali membalas pelukan Alya.
” Oh, aku teringat something. Erm, kau ada datang ke semalam?” soal Alya lalu melepaskan pelukan Rafiniey. Rafiniey mengerutkan sedikit dahinya, menunjukkan reaksi seperti kurang memahami akan pertanyaan Alya.
” Tak ada pula. Kenapa?”
” Oh, ha’ah la, kau pun baru tau aku sakit. Erm, tak tau la, aku rasa macam ada orang dengan aku semalam, tapi tak ingat la sape!”
” Ala, kau kan sakit. Dah lah, tak yah pikir banyak-banyak. Nanti, makin pening kepala tu, susah pulak,” ujar Rafiniey sambil menghadiahkan senyuman tawar pada Alya. Dia menghulurkan secawan teh yang disediakan oleh Bibik pada Alya.
” Minum ni, jangan lupa makan pulak, Aku nak pegi library kejap, ada janji kan kawan..lambat dah ni” tambah Rafiniey.
Alya tergelak lalu menyambut teh yang dihulurkan Rafiniey. ” Yelah, pergi la, tinggalkan aku sorang-sorang!” Alya memuncungkan mulutnya, lalu ketawa.

****


Kepala Hakimi terangguk-angguk sejak tadi, mengikut rentak lagu Beat It, sambil tangannya kemas memegang ipod nano berwarna hitam metallic. Tangan sebelah lagi pula, diletakkan di bawah kepalanya, yang kini terasa begitu berat untuk bangun. Mata Hakimi pula, begitu malas untuk dibuka. Tak larat!
” Ya Allah!” Hakimi tiba-tiba bingkas, apabila teringatkan sesuatu. ” Siot ar!! Camne aku boleh terlupa hari ni kena anta assingement! Gile pelupa aku ni! Fail, nak ke mampos aku kena marah ngan papa nanti! Adoi!” Hakimi terus meluru ke tandas sambil menarik tuala pada hujung katil.

Dari hujung pintu, Hakimi menjenguk bilik kuliah yang hampir tamat. Dari jauh dia nampak Profesor menuju ke arah pintu. Pelajar-pelajar pula, tunduk dan mengucapkan terima kasih padanya. ” Hisyh, aku dah terlambat la, bodoh betol!” Hakimi bermonolog sendirian sambil menyental kepalanya dengan tapak tangan.
” Sir, sorry banyak-banyak, saya terbangun lewat hari ni!” Hakimi tunduk, sambil meminta maaf.
” Apa lewat-lewat?Saya tak kan terima sebarang alasan. Awak ingat u ni bapak awak punye? Suka hati je nak datang atau tak? Saya berhak gagalkan awak ni!” tengking Professor Tharmantheran dengan loghat tamilnya.
” You have to be puntual in my class! Do you understand?”
Hakimi hanya tunduk. “ Please sir, don’t let me fail. I promise, I would not do it again in the future, ok!” Hakimi mengangkat sebelah tangannya, meminta kepercayaan daripada Professor Tharman.
“ Come on la, sir. Saya just terlewat sikit je, tak kan nak gagalkan kot!”
” Ok! I give you one chance. You ingat, you top student, you boleh buat sesuka hati ke? Hakimi, for the punishment, I nak you buat essay about today’s topic, 100 pages and submit to me tomorrow, ok!”

“ What! Prof, mane saye ade masa! Assingment pun dah berlambak!” bulat mata Hakimi.
” It’s not my problem, kalau tak ada atas meja I esok by 2.00 o’clock, i’ll failed you” Professor Tharman terus meninggalkan dewan kuliah, mengendahkan Hakimi yang masih tidak berpuas hati dengan keputusannya.
” Arghh!” Hakimi menepuk meja di hadapannya. ” Siot betul, ni si Alya punya pasal la ni! Menyusahkan betul la perempuan tu!”
****

” Eh, Kimi! Awak watpe datang sini?” soal Alya, sejurus sahaja nampak muka Hakimi terpampang di depan muka pintu rumahnya.
“ Suka hati aku la nak datang bila-bila pun! Sebab, aku ada hal la ni, tak kan nak datang saja-saja kot!”
La, dia yang datang sini, nak marah-marah orang pulak!” Alya memuncungkan mulutnya, tanda memprotes.
” Eh, kau diam bleh tak? Pasal kau la, aku pegi kuliah lambat. Sekarang, kau kena bayar balek, aku tak kira!” ujar Hakimi sambil menundingkan jari telunjuknya tepat pada muka Alya. Alya mengerutkan dahinya. ” Apsal pulak salah saya? Saya tak buat pape pon.Dia yang sendiri bangun lewat, nak marah kita plak. Tolong sket, ye!”
” Oh, buat-buat lupa. Kau tau tak, kau tu berat! Kau ingat tak aku angkat kau semalam. Dah lah demam, menyusahkan orang plak tu!” ujar Hakimi tanpa memandang muka Alya. Geram agaknya.
” Bila? Erm, saya tak ingat plak. Kenapa awak nak angkat saya?”
” Hey. Kau jangan nak buat-buat lupa. Kan aku ada datang semalam. Kau pengsan atas aku, ingat tak?” soal Hakimi pada Alya sungguh-sungguh.
” mana ada! Kalau ada, mesti saya ingat punya!” ujar Alya, membidas kembali.
” Jangan merepek la, Kimi. Ni mesti nak suruh saya bua kerja ni. Cakap je la, tak payah nak reka-reka citer. Buat orang menyampah je. ” sambungnya, lalu melangkah keluar dari Villa tersebut.
Hakimi sedikit terkejut, lalu menyentap Alya, dan memegang tangannya.
” Cuba kau ingat betul-betul! Aku serious ni!” sungguh-sungguh.
” Hey, lepas la! Bleh tak jangan merepek pagi-pagi ni. Hisyh, bosan la!” Alya melepaskan pegangan Hakimi, lalu melangkah berlalu daripadanya.
” Alya! Kau nak pegi mana tu” jerit Hakimi sambil memerhati langkah Alya. Alya yang sedang berjalan, berhenti lalu berpaling, mamandang Hakimi,
” Eh, eh! Tanya pulak! Lari dari awak, la! Orang gila!” ujar Alya, berani, lalu menjelirkan lidahnya tanda menyindir. Cepat-cepat Alya berlari anak menuju ke garaj, dan memandu keretanya keluar daru kawasan villa tersebut.
” Alya!!” Hakimi menjerit, lalu pantas dia berlari mendapatkan ferrarinya, dan mengekori kereta Alya.
Alya yang baru sahaja memandu keretanya, sedikit terkejut dengan tindakan Hakimi yang mengekorinya dari belakang. ’Apalah budak ni nak!’ monolog Alya sendirian, disaluti sedikit perasaan bimbang. Hakimi memecutkan keretanya, supaya sama kelajuan dengan kereta Alya, lalu memberikan isyarat kepada Alya dari tepi keretanya, supaya berhenti. Alya mengeluh, lalu menekan brek keretanya. Kalau dia lari, mesti hakimi masih mengejarnya!
Alya menghentikan keretanya di tepi jalan, begtiu juga hakimi yang menghentikan keretanya di belakang kereta Alya. Alya keluar dari kereta Honda Civic berwarna merah jambu itu, lalu mendapatkan Hakimi. Kulit wajahnya yang pucat bertukar merah padam, menahan marah.
” Kimi! Awak ni, salah makan ubat ke? Isyh, dari tadi lagi buat hal! Kenapa??” soal Alya, sambil memeluk tubuhnya.
” Aku cari kau tadi, bukan nak bertekak!! Aku ada hal!”
” Kau jangan banyak tanya, k! Ni hah!Aku nak kau siapkan kerja ni esok, kalau tak...” Hakimi menyambung sambil menunjukkan isyarat untuk mengugut Alya. ” Faham?”soalnya sejurus itu.
Alya masih bingung, lalu mencapai sampul yang dihulurkan Hakimi padanya.
” Apa ni? ” lalu, dia membuka. Apa lagi, mulutnya terlopong, terkejut. ” 100 pages???? Gle ke?? Awak ingat saya ni robot?? Tak nak la!! Sendiri punya kerja, sendiri buat la!Kenapa suruh saya buat pulak?” confident, Alya menyerahkan kembali sampul itu pada Hakimi.
Hakimi tersenyum.
” Cik Alya, baik fikir betul-betul, sebelum kejadian yang kau tak nak berlaku, akan terjadi, ok?See you tomorrow!” Hakimi menolak sampul itu, lalu berlalu pergi. Sempat lagi dia mengenyit mata pada Alya, membuatkan hati Alya semakin panas melihat gelagatnya itu. Hakimi meninggalkan Alya, dalam keadaan yang terpinga-pinga.

Dari cermin hadapan, Hakimi melihat wajah merah padam Alya. ” Biar ko rasa. Tu lah, dah la tak ingat aku jaga dia semalam. ” ujarnya. Hakimi kembali mengingatkan peristiwa malam itu. Pelik, tak kan satu pun Alya tak ingat, ataupun, dia buat-buat lupa? Sakit betul hati Hakimi. Terasa bagaikan pertolongannya semalam semua sia-sia. ’Perempuan ni memang tak berterima kasih langsung!’ Hakimi memecutkan keretanya, supaya segera sampai ke rumah. Kepalanya yang masih berasa pening, sebab itulah, dia mahu cepat-cepat balik rumah untuk berehat.

Alya menghumbankan tubuhnya ke atas katil lalu mencapai bantal besar berbentuk hati di hadapannya, dan menekup mukanya, kuat. Alya menjerit kuat-kuat untuk melepaskan geram. ”Benci!!! Lelaki tak guna!!! Siap kau si penyu!!Aku akan balas dendam nanti!!!!Tengoklah!”

No comments:

Post a Comment