
Hakimi tiba di perkarangan rumah Alya, lalu menekan loceng villa tersebut.
“Er, assalamualaikum, Alya ada” soal Hakimi apabila disambut oleh seorang wanita berkain batik pada perkarangan pintu villa tersebut.
” Maaf, ya! Mak encik sudah keluar! Ada hal katanya!” ujar wanita berloghat Indonesia itu. ” Em, baiklah. Terima kasih” Hakimi sedikit kecewa. Paling tidak, Alya patut memaklumkan padanya dahulu kalau ada hal. Tak adalah Hakimi berasa cemas pada saat-saat akhir. Hakimi mendail nombor Alya. Mana tahu kali ni Alya akan jawab, tapi masih gagal.
”Apa kena la dengan perempuan ni” ungut Hakimi, kecewa. Dia menghentak stering keretanya melepaskan geram.
“Er, assalamualaikum, Alya ada” soal Hakimi apabila disambut oleh seorang wanita berkain batik pada perkarangan pintu villa tersebut.
” Maaf, ya! Mak encik sudah keluar! Ada hal katanya!” ujar wanita berloghat Indonesia itu. ” Em, baiklah. Terima kasih” Hakimi sedikit kecewa. Paling tidak, Alya patut memaklumkan padanya dahulu kalau ada hal. Tak adalah Hakimi berasa cemas pada saat-saat akhir. Hakimi mendail nombor Alya. Mana tahu kali ni Alya akan jawab, tapi masih gagal.
”Apa kena la dengan perempuan ni” ungut Hakimi, kecewa. Dia menghentak stering keretanya melepaskan geram.
***
Amalina menuju ke arah halaman rumahnya. Dari jauh, dia dapat melihat cahaya datangnya dari meja ruang taman. Amalina menuju ke sana untuk mendapatkannya. Rupa-rupanya, ia datang dari telefon bimbit Alya. Apabila dilihat, tertera nama ’Dugong’ pada skrin. ’Dugong? ’ fikir amalina sejenak. Oh! Baru lah dia ingat. Dugong yang dimaksudkan Alya ialah Hakimi. Belum sempat Amalina menjawab, telefon itu sudah berhenti berdering. Apabila Amalina mengenalpasti, ada lima belas panggilan tak dijawab daripada Hakimi! ’ Pasti ada hal penting!’ duga Amalina. Dia membuka mesej yang dihantar Hakimi kepada Alya.
Kau dekat mana? Dah lupa ke malam ni ada apa? Cepat datang!
Amalina tidak faham akan maksud mesej tersebut. Alya kata dia tiada hal hari ni. Dia membuka mesej yang lain.
Kau dah janji nak datang! Aku tak suka orang yang mungkir janji tau, tak!
Amalina hairan. Pasti perkara penting. Lagipun, ia melibatkan janji Alya kepada Hakimi. Amalina tidak mahu kalau disebabkan perkaranya itu, Alya mungkir janji. Amalina terus tertanya-tanya. Lalu, dia memeriksa reminder pada kalendar telefon bimbit Alya. Barulah Amalina, tahu, rupa-rupanya Alya ada proms night bersama Hakimi. Amalina hanya menggeleng. Tak patut betul Alya mungkir janji disebabkannya. Sedikit sebanyak, Amalina berasa bersalah tentang perkara tesebut.
”Alya, aku nak cakap sikit ngan kau ni. ” ujar Amalina yang menegur Alya dari belakang. Alya mengangguk lalau mengelapkann tangannya pada kain dan meninggalkan pinggan-pinggan yang dicucinya tadi buat sementara.
” Kenapa ni? Ada masalah ke?” soal Alya apabila lengannya ditarik Amalina.
” Aku rasa, tak patut la kau mungkir janji dengan Kimi pasal aku.” ujar Amalina.
” Eh, macam mana kau tahu?” pelik Alya.
” Tak payah tahu lah macam mana. Yang aku tahu, kau kena pergi. Kalau tidak aku akan rasa serba salah.”
***
Yusran menatap jamnya. Dia masih tidak memasuki ke majlis proms night tersebut kerana dia sudah berjanji untuk menunggu Diana Rafiniey di taman kolejnya. Rasanya sudah lima belas minit Yusran menunggu. Tapi, dia tetap menunggu. Dia tahu Rafiniey akan datang. Harap-harap begitulah.
”Ehm!” tiba-tiba sahaja Yusan mendengar deheman kecil di belakangnya, lalu berpaling. Yusran sedikit terpana melihat penampilan Diana Rafiniey. Rambutnya didandan kemas. Gaun berwarna biru yang dipakainya begitu sesuai sekali apabila disarungkan pada tubuh kecil moleknya itu. Tambahan pula, baju tersebut tidak terlalu ketat dan menjolok mata. Begitu menyerlahkan keayuan Rafiniey. Yusran tersenyum. Dia sangat bersyukur kerana Diana Rafiniey sudi menjadi temannya pada malam tersebut.
” Thanks sebab datang. Saya ingatkan awak tak nak datang tadi” ujar Yusran menghadiahkan senyuman pada Rafiniey. Rafiniey hanya menunduk malu.
” Erm, lagipun malam ni saya tak ada aktiviti.” ujarnya pula memberikan alasan. Padahal dalam hatinya melonjak kegembiraan.
” Apa-apa pun, thanks sebab datang. I appriciate it.” tambah Yusran lagi lalu mencapai tangan Rafiniey dan menciumnya lembut. Diana Rafiniey terkejut dengan tindakan Yusran, lalu menarik tangannya dari pegangan Yusran.
“ Er.. Oh, I’m sorry. Maybe awak tak biasa. Well, saya tak bermaksud apa-apa pun. Just anggap as friend, ok!” ujar Yusran menerangkan situasi yang sebetulnya sebaik sahaja melihat perubahan pada wajah Rafiniey. Rafiniey kembali tersenyum.
” Jom lah masuk” ujar Rafiniey lembut selepas itu.
***
” Hey, Kimi! Sorang je ke? Mana partner kau?” soal Yusran setelah melihat Hakimi baru sahaja keluar dari keretanya. Hakimi diam. Jelas terpancar wajah tidak senang pada mukanya.
” Relax, dude! Ada problem ke?” tambahnya lagi. Rafiniey yang berdiri di sebelahnya hanya terpinga-pinga mendengar perbualan dua sahabat tersebut.
” Well, aku ada problem sikit la dengan pertner aku tu” bisik Hakimi pada Yusran.
” Kau tak yah tanya la. Buat sakit hati aku je!” tambahnya sambil menepuk bahu Yusran. Yusran hanya mengangkat kening.
”Jom lah kita masuk. Tak payah fikir pasal tu,ok.” ajak Yusran.
” Well, ni Diana Rafiniey, partner aku malam ni” ujar Yusran selepas itu.
” Diana, ni kawan saya Hakimi. My best ever friend!” tambahnya lagi diiringi ketawa kecil.
“ Hai. Kolej ni ke?” soal Hakimi sambil bersalam dengan Rafiniey. Rafiniey hanya mengangguk, tanda menjawab persoalan Hakimi.
” Em, tak pernah nampak pun. Baru masuk ?” soal Hakimi lagi.
” Ha’ah, saya baru je daftar minggu lepas. Mungkin tak perasan, ye lah, kolej ni kan besar!” jawab Diana Rafiniey, mesra. Mereka meneruskan perbualan sambil menuju ke dalam dewan.
***
Alya bergegas menuju ke biliknya. Agak-agaknya, majlis itu dah bermula. Alya dah agak lewat. Pasti Hakimi mengamuk nanti. Tambahan lagi, Alya memang dah berjanji semalam. Dia bukan ingin memungkiri janji, tapi kalau hal kecemasan, terpaksalah Alya buat begitu. ’Tapi, aku tak ada baju yang sesuai la!’ fikir Alya sambil menyisirkan rambut lurusnya ke belakang cuping telinga. Alya membuka closetnya dan membelek baju-baju yang terdapat didalamnya. Memang tiada satu pun yang sesuai untuk dipakai pada malam proms night tersebut. Pening kepala Alya. Katilnya dipenuhi baju-baju yang dicampaknya ketika memilih baju tadi. Alya duduk di atas katil, lalu mengeluh. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang. Dia agak kesal kerana tidak mencari baju yang sesuai untuk dipakai, awal-awal lagi.
” Cik Muda!” suara bibiknya, mengejutkan Alya.
” Ya, bibik, ada apa?” ujarnya lembut.
“ Saya terjumpa beg plastik ni di luar. Rasanya, mungkin ini Cik Muda punya”
Alya mengambil beg plastik yang dihulurkan bibiknya.
” Thanks, bik” ujarnya, hormat. Alya pelik. Dia tiada pula membeli barangan tersebut. Alya melihat isi kandungan beg plastik tersebut lalu mengeluarkannya. Alya membuka kotak berwarna merah yang terdapat di dalamnya. Dia sedikit terpana melihat sepasang gaun berwarna putih, dilengkapi dengan rantai bertatahkan mutiara dan kasut tumit tinggi berwarna putih. Di dalam kotak tersebut juga terdapat sekeping nota.
Pakai ni masa proms night nanti. Aku tahu kau mesti tak ada baju cantik nak pakai nanti kan! Well. Kalau kau pakai baju ni, elok sikit. Tak adalah malu sangat aku nanti Jangan pakai baju kurung, tau!!Buat malu aku je!
Your Master a.k.a Boss.
Heh..Alya tersengih membaca nota itu. Tak sangka lelaki jahat tu, baik juga hatinya. Tapi, bukannya nak tunjuk. Tinggi sangat egonya. Alya terus mencapai set gaunnya dan disarungkan pada tubuh langsingnya.
Alya berpuas hati dengan penampilannya. Di memuji juga citarasa Hakimi. Memang tepat sekali pilihannya. Gaun putih itu memang sesuai sekali apabila disarungkan pada gadis tinggi lampai itu.
***
Hakimi meneguk minuman fresh orange yang terhidang.Hakimi dapat rasakan kepahitan minuman tu, walaupun sebenarnya tak. Orang lain sedang sibuk bergembira dengan pasangan masing-masing. Tapi, Hakimi? Malangnya dia keseorangan pada malam itu. Dari jauh, Marina hanya memerhati gelagat Hakimi sambil tersengih. ’ Bukan main dia kata ada partner’ fikirnya dalam hati.
” Hai Kimi!” tegur Marina.
” Well, mana partner you? I tak nampak pun!” Marina menyindir, pedas!
” Dia tak sampai lagi” ujar Hakimi acuh tak acuh.
” Heh! You ingat i percaya kata-kata you? Well, I tahu Kimi, you tipu I kan. You masih tak dapat lupakan I” ujarnya lagi. Marina berpaling ke belakang dan mencapai tangan seorang jejaka yang agak segak penampilannya.
” Ini, Johnson, partner I. ” ucap Marina.
” Poor you, Kimi. I dah tau you tipu dari awal lagi. Haha! You ingat I bodoh?” tambah Marina.
“ Hey, jaga sikit mulut kau, Marina. Aku tak tipu ok!” Hakimi geram dengan sindiran Marina. Nampaknya gadis tersebut sengaja ingin bermain dengan perasaannya.
” Well, up to you! Kalau you tak tipu, mana partner you?Tak nampak batang hidung pun? Ke tak ada? Apa orang panggil apa, ya?…Emmm….Fantasy partner? Something like that, la!” kata-kata pedas Marina begitu menyakitkan telinga Hakimi. Hendak sahaja Hakimi menampar gadis tersebut, tapi dia masih mempunyai kewarasan.
Belum sempat Hakimi membidas kata-kata Marina, satu suara datang bertandang dari tepinya.
“ I’m here. Sorry for late.I, Alya, partner Hakimi. Not a fantasy, ok! Lagipun, tak ada guna Kimi nak tipu you.” sindir Alya kepada Marina lalu menggenggam erat tangan Hakimi. Marina geram! Satu perkataan pun tidak keluar dari bibirnya, lalu dia berlalu dari situ sambil menjeling ke arah pasangan tersebut.
Hakimi terkejut dengan kehadiran Alya. Dia berpaling dan memandang Alya. Alya membalasnya dengan senyuman. Hakimi sedikit tergamam apabila dia melihat Alya. Gaun yang dipakai Alya, iaitu gaun yang dibeli olehnya sangat sesuai sekali apabila disarungkan pada gadis tersebut.Gaun itu tidak kembang tetapi sungguh unik reka bentuknya. Sulaman halus pada hujung gaun itu menyerlahkan lagi keaggunan Alya. Ia simple tapi sangat cantik! Alya bagaikan seorang puteri ketika memakainya. Leher jinjangnya pula dihiasi rantai bertatahkan mutiara. Rambutnya disanggul kemas, dan make-upnya yang agak nipis itu, menampakkan penampilan Alya yang neutral serta semulajadi. Hakimi begitu terpana melihat kecantikan Alya. Dia seperti tidak mahu mengalihkan pandangannya ke lain.
” Kimi! Kimi! Awak ni kenapa?” suara itu mengejutkan Hakimi.
” Awak tengok saya macam tu kenapa?” Alya yang hairan dengan renungan Hakimi kembali bertanya.
“ Thanks for the dress. Cantik sangat ke?” usik Alya sejurus selepas itu.
Hakimi control macho.
“ Erm, well...biasa je aku tengok.” ujar Hakimi sambil tersengih.
” Menyesal pulak aku beli untuk kau. Kalau mak aku pakai, rasanya lagi cantik.” tambahnya lagi lalu menuju ke arah meja makanan. Alya tergamam dengan penyataan Hakimi lalu mencubit tangannya.
” Apa awak cakap? Menyesal? Oh, kalau macam tu, saya baliklah!” protes Alya, geram. Alya terus berlalu dari situ untuk keluar dari majlis tersebut. Namun, tangannya pantas ditarik Hakimi, lalu tubuhnya dirangkul kemas oleh lelaki itu. Pada ketika itu, tubuh Alya betul-betul berada dalam rangkulan Hakimi, mukanya pula begitu dekat pada dada Hakimi. Alya juga dapat menghidu wangian yang dipakai Hakimi.
” Jangan macam ni, ok. Aku minta maaf.” ujar Hakimi lembut, dengan suara yang begitu menggetarkan jiwa Alya. Tidak pernah ada lelaki melakukan perkara tersebut terhadapnya. Alya sedikit kaget, lalu dia mengalihkan tangan Hakimi daripada pinggangnya.
” Jangan la main-main. Ingat saya ni senang –senang je ke boleh awak pegang?” ungkap Alya pada Hakimi bagi meredakan debarannya.
” Kenapa? Takut jatuh hati dengan aku, ke? ” usik Hakimi.
” Hey, tak ada masa saya nak jatuh hati pada awak tau!” bidas Alya menjuihkan sedikit bibirnya.
” Cik Alya, there’s nothing in you that will make me like you, ok! Don’t worry. Tambah-tambah lagi, kau tu bukannya cantik sangat pun” ujar Hakimi selamba lalu meninggalkan Alya yang terlopong. Hakimi tersenyum lalu ketawa kecil.
‘Arghhhhhh!!!!!!!!!!!!!! Lelaki kejam!!’ Hati Alya berperang sendiri. Sakit hati betul dengan Hakimi. ‘ Macam lah hensem sangat! Aku tak kan suka kau la dugong! TAK KAN!’
Alya meninggalkan Hakimi dengan urusannya sendiri. Malas rasanya ingin melayan telatah Hakimi yang mengada-ngada. Alya mengamati setiap penjuru dan perhiasan pada majlis tersebut. Dewan yang besar itu, bertemakan putih dan merah. Sangat cantik sekali pilihan warna yang dipilih. Pada sebuah meja, terdapat ais bercorak bunga merak di tengah-tengahnya. Makanan yang dihidangkan pula pelbagai dan sedap-sedap. Melihat kemeriahan majlis tersebut, Alya rasa begitu cemburu. Mana taknya, kolej Alya tak pernah mengadakan majlis semeriah begitu. Pada ketika itu, seorang mahasiswi sedang mendendangkan lagu ’Berdua Lebih Baik’. Persembahannya amat bertenaga dan mendapat tepukan yang gemuruh.
Persembahan itu disusuli dengan persembahan daripada Marina dan rakan-rakannya. Bagi Alya, persembahan mereka bukanlah begitu menghiburkan sangat. Kadang-kadang timbul juga persaan menjelikkan apabila melihat telatah ketiga-tiga rakan tersebut. Kata orang, macam ’plastic’! Tapi, Alya pelik juga, mereka mendapat tepukan yang sangat gemuruh. Ramai lelaki bersorak dan memberi bunga kepada mereka.
” Diorang ni puteri ke apa?” ujar Alya kepada dirinya sendiri.
“ Bukan puteri, tapi berangan nak jadi puteri” tambah satu suara.
” La, Kimi! Boleh tak jangan asyik kejutkan saya je!” marah Alya.Seperti biasa, Hakimi hanya menayangkan muka selamba.
” Dahlah, malas saya nak layan awak. Pergi la jalan sengsorang! Sebok je!” Alya terus berlalu meninggalkan Hakimi. Hakimi hanya membairkannya diiringi senyuman sinis. Di sebalik gurauan itu, Alya dan Hakimi sebenarnya tidak menyedari, terdapat sepasang mata sedang memerhatikan gelagat mereka.
Marina meletakkan gelas yang belum habis isi kandungannya. Hatinya tidak senang melihat kemesraan antara Hakimi dan Alya.
” Reen! I rasa kan,macam ada sesuatu yang tak kena, tau!” ujarnya pada Azreen.
” Apa yang tak kena?” tanya Azreen sambil menghirup minumannya.
” Mana boleh Kimi dengan perempuan tu! Tau tak, I tengah frust ni!” sambung Marina dengan nada manja. Mukanya kini merah padam menahan marah.
” Habis tu, you nak buat apa, darling! Dah pilihan Kimi, kita tak boleh buat apa-apa.” Azreen cuba memujuk Marina supaya bertenang. Namun, Marina senyap buat seketika.
“ Reen! You ingat, I boleh tengok je ke diorang bermesra depan I? Well, jangan harap!!” tambahnya lagi sejurus selepas itu. Mata Azreen sedikit membulat melihat reaksi marah Marina. Uish!! Kuat betul cemburunya! Marina berlalu daripada tempat tersebut dan menuju ke arah tempat Alya berada.
Alya sedang khusyuk memilih makanan. Marina pula sedang memerhatinya daripada belakang sambil tersenyum. Tiada siapa yang tahu, apakah maksud di sebalik senyuman tersebut.
Tiba-tiba sahaja, seorang perempuan yang berada berhampiran dengan meja makanan tersebut tersadung dan melanggar tiang lampu berdekatan Alya. Alya terkejut, tambahan lagi tiang lampu tersebut semakin menghepapnya. Alya tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Mahu mengelak pun, tidak sempat. Alya terus memejamkan matanya. Namun, dengan pantas tubuh Alya ditarik ke tepi. Alya merasakan tarikan tersebut. Bahunya terasa sedikit sakit dan begitu sukar rasanya untuk bangun. Alya membuka matanya perlahan-lahan, dan ketika itu, dia sedar bahawa dia berada dalam rangkulan seseorang. Tubuhnya dipegang kemas supaya Alya tidak dihempap oleh tiang lampu tersebut. Apa yang Alya dapat perhatikan kini, hanyalah kaki-kaki orang ramai. Alya memegang bahunya.
” Kau okay?” tiba-tiba sahaja suara garau itu berbisik lembut pada telinga Alya. Alya tersentak, lalu berpaling. Alya memandang tepat anak mata redup itu, dan mata itu kembali membalas. Mata mereka bertentang buat seketika. Pandangan tersebut menyebabkan jantung Alya berdegup pantas. Hatinya sedikit keluh kesah. Dia pun tidak dapat mengenal pasti apakah perasaan di sebalik debaran itu.
” Er..saya okay. ” ujar Alya, lalu mengalihkan pandangan matanya dari mata itu. Dia terus bangun dan melepaskan rangkulan lelaki tersebut. Ramai datang mengerumuni Alya dan bertanyakan keadaannya. Anak mata lelaki itu masih setia mengiringi langkah Alya.
” Oit! Kau tak nak bangun ke?” ujar Yusran pada Hakimi yang masih terduduk. Hakimi cepat-cepat berdiri dan membetulkan sedikit tuxedonya.
” Cepat betul kau lari! Nasib baik kau selamatkan dia, kalau tak, mesti Alya dah masuk hospital” tambah Yusran lagi. Namun, Hakimi hanya diam membisu.
” Kenapa kau selamatkan dia? Kau dah jatuh hati kat dia ke? ” tanya Yusran tiba-tiba, menyebabkan Hakimi sedikit terkejut.
” Hey,Come on, Yus! Dia tu kan pekerja aku. Kalau aku tak selamatkan dia, nanti tak ada orang lain la nak jadi orang gaji aku!” ujar Hakimi sengaja ingin mengelak dari pertanyaan tersebut. Yusran hanya tersengih mendengar alasan Hakimi.
” Well, up to you!” ujar Yusran sambil menepuk bahu Hakimi dan menghadiahkan senyuman padanya, lalu meninggalkan Hakimi dengan fikirannya sendiri.
***
Marina memeluk tubuh sambil memerhatikan gelagat Hakimi. ’ Macam mana dia boleh selamatkan perempuan tu?!’ hatinya menjerit menandakan rasa tidak puas hati. ’Bodoh!!! Rosak plan aku!’
” Tiada siapa yang boleh ambil barang aku!” Marina berdialog sendirian.
” Barang? Barang apa you hilang?” Johnson yang berada di tepi Marina bersuara.
” Eh, you jangan seboklah!Itu urusan I, okay!” ujar Marina dengan nada yang sedikit tinggi.
***
” Alya!! Kau buat apa kat sini?” Rafiniey memegang kedua-dua tangan Alya dengan reaksi yang sedikit terkejut. Di tengah2 majlis tu jugak mereka jumpa, tak sangka!
” Eh, Finiey!” mata Alya sedikit membulat.
” Aku teman kawan, kau?” ujarnya menjawab persoalan Rafiniey tadi.
” Aku pun. ” jawab Rafiniey dan menundukkan mukanya sedikit, malu-malu.
” Ye, ke?Kebetulan betul jumpa kau kat sini!Tapi, kawan ke, mata air?” usik Alya apabila melihat reaksi malu Rafiniey, diiringi ketawa kecil.
” Eleh, kau pun sama, la! Kau datang dengan siapa?” tanya Rafiniey.
” Ala, yang tu.” ujar Alya acuh tak acuh sambil mengarahkan jari telujuknya ke arah Hakimi.
” Hakimi tu, partner you? Boyfriend ke?” Tanya Rafiniey, menunjukkan sedikit minat.
“ Eh, taklah! Kau kenal ke dia? Dia bukan boyfriend aku lah! Er…panjang ceritanya, nanti aku cerita kat kau lain kali, ok!” tambah Alya sambil mengerutkan dahinya.
“ Well, partner kau siapa?” Tanya Alya kembali.
” Ala, ingat tak yang aku cerita kat kau haritu?”
” Yang berdiri sebelah Hakimi tu! Pakai suite warna grey, pakai specks!Ok tak?” semangat Rafiniey bertutur.
” Oh! Yusran? Tu ke, yang kau cakap kau dah jatuh hati tu? ”bulat mata Alya. Cepat-cepat Rafiniey memberi isyarat kepadanya supaya perlahan sedikit. Alya memahami lalu ketawa, diiringi ketawa Rafiniey.
” Alya!! Kau buat apa kat sini?” Rafiniey memegang kedua-dua tangan Alya dengan reaksi yang sedikit terkejut. Di tengah2 majlis tu jugak mereka jumpa, tak sangka!
” Eh, Finiey!” mata Alya sedikit membulat.
” Aku teman kawan, kau?” ujarnya menjawab persoalan Rafiniey tadi.
” Aku pun. ” jawab Rafiniey dan menundukkan mukanya sedikit, malu-malu.
” Ye, ke?Kebetulan betul jumpa kau kat sini!Tapi, kawan ke, mata air?” usik Alya apabila melihat reaksi malu Rafiniey, diiringi ketawa kecil.
” Eleh, kau pun sama, la! Kau datang dengan siapa?” tanya Rafiniey.
” Ala, yang tu.” ujar Alya acuh tak acuh sambil mengarahkan jari telujuknya ke arah Hakimi.
” Hakimi tu, partner you? Boyfriend ke?” Tanya Rafiniey, menunjukkan sedikit minat.
“ Eh, taklah! Kau kenal ke dia? Dia bukan boyfriend aku lah! Er…panjang ceritanya, nanti aku cerita kat kau lain kali, ok!” tambah Alya sambil mengerutkan dahinya.
“ Well, partner kau siapa?” Tanya Alya kembali.
” Ala, ingat tak yang aku cerita kat kau haritu?”
” Yang berdiri sebelah Hakimi tu! Pakai suite warna grey, pakai specks!Ok tak?” semangat Rafiniey bertutur.
” Oh! Yusran? Tu ke, yang kau cakap kau dah jatuh hati tu? ”bulat mata Alya. Cepat-cepat Rafiniey memberi isyarat kepadanya supaya perlahan sedikit. Alya memahami lalu ketawa, diiringi ketawa Rafiniey.
***
Alya dan Hakimi berjalan menuju ke tapak meletak kenderaan. Tempat meletak kenderaan itu sedikit sunyi kerana masih ramai tetamu yang belum keluar dewan lagi.
” Kenapa kau datang lewat tadi? Menyusahkan aku je.” ujar Hakimi sambil menuju ke arah keretanya.
” Saya datang pun nasib baik tau! ”
” Kalau ikutkan hati, memang saya tak ingin nak datang! Tapi, saya dah janji , and saya ni bukanlah orang yang suka mungkir janji!” sindir Alya.
” Suka hati kau lah.Aku nak balik.” balas Hakimi lalu membuka pintu keretanya dan menghidupkan enjin keretanya.
” Wait!” ujar Alya sedikit gagap. Hakimi memandangnya dengan muka selamba.
” Apa?” soalnya tenang dari dalam kereta.
” Thanks sebab selamatkan saya tadi.” ujar Alya ikhlas, lalu melangkah meninggalkan Hakimi.
”See you later.” itulah ungkapan terakhir yang dapat Hakimi dengar dari Alya sebelum dia berlalu pergi. Hakimi tersenyum dan terus meninggalkan perkarangan kolej itu.
Alya dan Hakimi berjalan menuju ke tapak meletak kenderaan. Tempat meletak kenderaan itu sedikit sunyi kerana masih ramai tetamu yang belum keluar dewan lagi.
” Kenapa kau datang lewat tadi? Menyusahkan aku je.” ujar Hakimi sambil menuju ke arah keretanya.
” Saya datang pun nasib baik tau! ”
” Kalau ikutkan hati, memang saya tak ingin nak datang! Tapi, saya dah janji , and saya ni bukanlah orang yang suka mungkir janji!” sindir Alya.
” Suka hati kau lah.Aku nak balik.” balas Hakimi lalu membuka pintu keretanya dan menghidupkan enjin keretanya.
” Wait!” ujar Alya sedikit gagap. Hakimi memandangnya dengan muka selamba.
” Apa?” soalnya tenang dari dalam kereta.
” Thanks sebab selamatkan saya tadi.” ujar Alya ikhlas, lalu melangkah meninggalkan Hakimi.
”See you later.” itulah ungkapan terakhir yang dapat Hakimi dengar dari Alya sebelum dia berlalu pergi. Hakimi tersenyum dan terus meninggalkan perkarangan kolej itu.
No comments:
Post a Comment