Thursday, February 26, 2009

chapter seterusnya...


Amalina tunduk lama. Setititk demi setitik air matanya jatuh ke lantai. Buat masa ini, kakinya tidak mampu berdiri, terasa badannya begitu berat. Seluruh tubuhnya menggigil, namun, apa yang mampu dia lakukan? Sudah takdir yang menentukan segalanya. Suara adiknya, Sarah meraung, kian memecahkan kesunyian di hospital tersebut. Kelihatan beberapa orang jururawat datang ke arah Sarah untuk menenangkannya.
” Ina.. ” suara lembut itu, seakan begitu lemah di telinga Amalina. Dia memandang wajah wanita yang berumur hampir separuh abad itu. Di sebalik wajah tabah itu, Ama tahu ibunya memendam keperitan yang lebih berlipat ganda berbanding dirinya.
” Ibu, daddy! Daddy!” Ama lantas memeluk erat bahu Puan Aishah. Air matanya yang berjurai, habis membasahi baju ibunya.
” Ina, sudah takdir. Kita tak boleh buat apa-apa” Puan Aishah membalas pelukan Ama, menahan sebak yang makin menikam di dadanya.
”Tapi, kenapa awal sangat Dia nak ambil daddy? Kenapa mesti daddy?” Amalina masih tidak dapat menerima hakikat itu.
” Ina, jangan salahkan takdir. Ibu pun sedih juga, tapi ini semua ketentuan Allah. Biarlah daddy pergi dengan tenang. Kita doakan daddy banyak-banyak.” dia mengusap lembut rambut ikal Amalina, sambil memerhatikan Sarah.
” Sarah, sini sayang. ” dia memanggil Sarah, dengan suara yang begitu mendatar.Sarah kini sedikit tenang berbanding tadi. Namun, masih kedengaran suara esakannya. Budak perempuan yang semakin mencecah satu dekad itu mendapatkan ibunya. Langkahnya sungguh lemah sekali.Mukanya begitu murung, memancarkan kesedihan yang begitu dalam sekali.

” Walaupun daddy dah tak ada, kita kena teruskan hidup, ya” ujar Puan Aishah sambil memeluk kedua-dua anaknya.
Amalina tahu, ibunya memendam perit dalam hati. Kehilangan seorang suami yang telah lama hidup bersamanya pasti sangat pedih.Amalina membalas pelukan Puan Aishah, begitu juga Sarah.

****


Hakimi memandang wajah Alya yang agak muram sejak tadi. ” Oi, tayang lagi muka masam tu depan aku.” Hakimi memecahkan kesunyian tiba-tiba, menyebabkan hati Alya rasa menyampah. Alya menjeling.
” Kan saya dah cakap, kalau tengok muka awak, terus hilang mood saya! Tak ada selera langsung nak senyum!” Alya membidas, mengharapkan kata-kata itu akan menyakitkan hati Hakimi. Hakimi mengangkat keningnya,
”Well, itu bukan masalah aku. Kau nak sakit hati ke tengok muka aku, kau punya masalah. Aku bukan apa, malu la aku kalau jalan ngan kau, muka asyik monyok je.” ujar Hakimi dengan muka selamba.
”Malu? ” Alya menjeling, lebih tajam kali ni.
” Kalau malu, tak payah la jalan dengan saya. Ingat saya ni desperate sangat ke nak jalan dengan awak!” nada suara Alya kali ni sedikit tinggi, bagaikan terusik dengan kata-kata Hakimi.
” Suka hati kau la. Aku malas nak bertekak, buat habis air liur je. Anyway, aku just nak cakap, jangan wat perangai camni pulak esok. Cubalah senyum sikit.Faham?” pesan Hakimi, sinis.
” Yelah..Yelah! Saya tahu lah! Jangan nak mengarah pula!Saya pun malas nak gaduh ngan awak lah! ” marah Alya
” Aku kan bos, mengarah adalah kerja aku! Hmm..ok,pastikan datang esok. Kalau tak datang..” belum sempat Hakimi menghabiskan ayatnya, Alya terus memotong.
”Encik Hakimi, kan saya dah janji nak datang! Saya tak akan mungkir janji, ok! Saya bukan orang macam tu!” marah Alya makin membuak-buak, lalu membuka pintu kereta, dan segera keluar. Kakinya cepat sahaja melangkah menuju ke pagar rumahnya. Lelaki ni, langsung tak fikirkan perasaan orang lain. Cakap tu, pakai lepas je! Tak kan lah tak ada perasaan serba salah langsung dalam hati dia?
” Alya!” belum sempat Alya melangkah, Hakimi menghentikannya dengan suara yang agak kuat.
Alya pelik.’Haah..Mesti dah rasa serba salah ni’ fikir Alya. ’ Ingat aku nak maafkan ke?’ fikirnya lagi.
” Ambil lah barang kau ni! Buat menyemak je letak dalam kereta aku. Tertinggal nanti, aku kena hantar pulak.” Hakimi menghulurkan beg-beg plastik yang dibeli semasa keluar tadi. Keretanya terus lenyap selepas beberapa saat. Alya terlopong! Bodohnya aku ingat dia nak minta maaf! Arghh!!! Dugong ni memang tak berhati perut!

**
Alya merebahkan dirinya di atas katil, cuba untuk meredakan kemarahannya. Lima minit kemudian, Alya bangun lalu menuju ke bilik air. Selepas mendirikan solat Asar, Alya masih sempat mengalunkan sedikit bacaan Al-Quran. Dia masih ingat pesan ibunya, supaya membaca Al-Quran setiap hari, paling-paling tidak pun, satu muka surat sehari. Hatinya kini sedikit tenang. Alya seakan lupa akan amarahnya pada Hakimi tadi. Dia kembali menuju ke arah katil, dan merebahkan tubuh langsingnya dia atas katil berwarna merah tua itu. Bilik yang bermotifkan suasana tenang dan elegen itu sedikit sunyi. Dinding berwarna merah tua yang digabungkan dengan warna emas dipandang redup oleh Alya. Sedikit sebanyak, langsir yang mendatangkan harmoni pada ruang rehat bilik Alya ditiup angin pantai.
Alya bangun lalu menuju ke balkoni, menghirup udara dan menjamah pemandangan indah di tepi laut. Kadang-kadang, Alya begitu memuji citarasa papanya. Pilihan papanya dalam memilih untuk membina villa di tepi laut itu, memang tepat sekali. Bukan sahaja pemandangannya cantik, malah setiap hari Alya dapat menghirup dan merasa angin bertiup di tepi pantai. Alya membiarkan sahaja rambutnya dibelai angin laut china selatan. Dia menutup mata, sambil menikmati udara nyaman itu. Segala masalah yang dihadapinya biarlah dilupakan buat sementara waktu. Lama juga Alya menatap pemandangan pantai yang nyaman itu. Hatinya berasa begitu lapang dan lega sekali.

”Alya!” tiba-tiba sahaja Alya dikejutkan suara milik ibunya. Di sebalik pintu kelihatan Datin Hazlina sedang menjenguk.
” Ada apa mama.” ujar Alya penuh hormat dan menuju ke arah ibunya.
” Ada orang call tu, Alya tak nak jawab ke? Ni mesti berangan ni, sampai tak sedar ada call, kan!” gurau Datin Hazlina sambil mencuit hidung anaknya.
” La, ye ke!” Alya sedikit terkejut ditambah rasa malu.
” Alya tak perasan lah mama, tengah khusyuk berangan kot.” ujar Alya diiringi ketawa kecil, lalu berlari ke arah meja di tepi katilnya untuk mencapai telefon bibitnya.
”La, Patutlah tak dengar, Alya silentkan lah mama. ” terdengar lagi suara tawa Alya sebelum dia menuju ke balkoni untuk menjawab panggilannya. Datin Hazlina hanya menggeleng melihat telatah anaknya itu.

” Ama!” suara Alya begitu ceria menerima panggilan dari rakannya itu.
” Alya...” namun suara Ama didengarnya begitu sayu, lemah sekali. Alya berasa sedikit hairan dan bimbang. Kenapa suara itu tidak seceria selalu?
” Ama, kenapa ni? Suara kau macam tak bermaya, je. Kau sakit ke? Are you okay? “ soal Alya dalam nada cemas. Takut-takut Ama jatuh sakit.
“ Alya.. Aku telefon ni nak bagitau...” suara Amalina tersekat-sekat. Namun Ama tetap menahan sebak, cuba untuk meneruskan kata-katanya, walaupun dia tahu begitu sukar untuk dilafazkan.
” Ayah aku...ayah aku, Alya”
” Ayah aku baru meninggal sejam yang lalu” terdengar suara esakan Amalina di hujung talian, sebelum menghabiskan kata-katanya.
” Ayah aku dah tak ada lagi, Alya!” sambung Ama. Alya tergamam.
” Ya Allah! InnalillahiwainnaIlahiraji’un..” ujar Alya. Telinganya terasa begitu perit untuk mendengarnya. Perasaan simpati yang teramat sangat tiba-tiba timbul di dada Alya. Dia seakan-akan dapat merasai keperitan yang dihadapi Amalina. Sudah pasti Amalina berasa angat sedih. Jelas sekali Amalina memerlukannya ketika itu. Alya tidak mampu mengungkapkan apa-apa. Dia hanya mampu terdiam dan mendengar esakan Amlina ketika itu.
”Harap kau datang untuk kenduri tu, ya.” Ujar Amalina.
Alya menarik nafas, cuba menahan sebak yang semakin lama semakin timbal.
“ Ama, sabar Ama. Semua ni kan datang dari Allah. Kita hanya mmpu berdoa sahaja” pujuk Alya apabila mendengar suara esakan Ama yang semakin lama semakin menjadi-jadi.
“ Ok, aku datang, ok. Jangan risau.” Pujuk Alya lagi.

Alya hanya mampu mengeluh sahaja. Tidak sangka, baru sahaja minggu lepas Alya pergi ke rumah Ama, dan melihat ayahnya. Pada ketika itu, bapa Amalina kelihatan begitu sihat dan ceria. Tambahan pula, ayahnya seorang bekas tentera. Nampak begitu sihat dan cergas. Tapi kalau sudah ajal, bila-bila masa akan datang menjemput kita. Alya juga tidak sangka bahawa pada ketika itulah kali terakhir dia dapat berjumpa dengan ayah Amalina.

***

Alya turun daripada kereta bapanya. Ibu dan bapanya pula hanya menurut daripada belakang. Alya disambut dengan kehadiran Amalina yang berada di muka pintu. Mata Amalina merah sangat. Kasihan Alya melihatnya. Alya terus menuju ke arah Amalina lalu memeluknya erat.
” Sabar Ama.” itu sahajalah yang mampu Alya lakukan. Amalina membals erat pelukannya.Air matanya mengalir begitu deras.
” Thanks, Alya sebab sudi datang. ” ungkap Ama.

” Ama, sori. Aku datang lambat sikit. Tak sempat nak tengok arwah. Maaflah ,ya.” ungkap Alya sedikit serba salah.
” It’s ok, Alya. Arwah dah selamat dikebumikan dah.”ujar Amalina.
” Bukan apa, semalam masa kau call tu, aku baru je balik. Lagipun, kereta aku, ada orang pinjam. Bapa aku pun tak ada.” terang Alya lagi.
” It’s ok, aku tak marah pun Alya. Janji kau datang.” suara itu agak sayu Alya dengar.
” Ok, kau sabar la ya.” Alya mengusap lembut tangan Amalina lalu menggenggam lembut jarinya.
” Kau tak ada kerja ke hari ni?” soal Amalina tiba-tiba.
” Entahlah, nanti aku check sekejap.” Alya mengambil telefon bimbitnya, lalu melihat kalendar. Dia melihat reminder yang dicatatnya. Tercatat>> ’Proms Nite DUGONG!’ Ish! Baru Alya teringat. Dia memandang Ama, lalu menggeleng.
”Err..Tak ada.” Alya bukan bermaksud untuk menipu, tapi dia kesian sangat tengok Amalina. Alya rasa Amalina jauh lebih penting dari hal proms nite itu. Ama tersenyum.
” Baguslah macam tu, aku rasa aku perlukan seseorang la nak luahkan rasa sedih.” ungkap Ama. Dia mengesat air matanya yang kini sedikit reda.
” Aku sentiasa ada, Ama. Aku kan kawan kau, jangan risau, ok!” ujar Alya.
” Jom lah kita masuk, ramai lagi yang sedang tunggu dalam rumah, tu. ” ajak Alya lalu meninggalkan telefon bimbitnya pada bangku di luar rumah Amalina.

Alya tahu, dia memang berjanji dengan Hakimi bahawa dia akan datang pada proms night tu, tapi apakan daya, dia lagi mementingkan Amalina. Alya juga tahu sangat akan risikonya. Sudah pasti Hakimi akan mengamuk kalau Alya tak dapat pergi. ’Arhhh!! Tak payah fikir lah Alya.’
’Buat pening kepala otak je fikir pasal tu’ ujar Alya dalam hati, sekadar menyedapakan hatinya sahaja. Namun, hatinya bimbang juga.


****

Hakimi tersenyum tawar melihat penampilannya di hadapan cermin. Tidak sangka pilihan tuxedo yang dicadangkan Alya begitu sesuai apabila disarungkan pada tubuh tegapnya. Dia membetulkan sedikit tuxedonya dan mengemaskan sedikit rambutnya. Pada malam tersebut, Hakimi menyalitkan sedikit krim rambut pada rambutnya supaya kelihatan sedikit kemas.

“ Wah! Segaknya abang malam ni! Kalau perempuan tengok mesti cair punyalah!” ujar Nabilah, memuji kekacakan abangnya.
” Cantiklah tuxedo ni, abang pilih sendiri ke?” sambung Nabilah lagi. Hakimi menghadiahkan satu senyuman.
” Taklah, girlfriend abang yang pilihkan. Ok tak citarasa dia?” Hakimi saja je menipu. Rasa gembira pula bila berkata begitu.
” Girlfriend?” tiba-tiba sahaja kelibat Dato’ Hisyam muncul.
” Bila pula kamu ada grlfriend ni Kimi?” duganya lagi. Rasa hairan pula bila mendengar Hakimi berkata begitu. Selama ni, Hakimi tak pernah pula nak mengaku yang dia ada teman wanita. Kalau Dato’ Hisyam tahu pun, dari setiausahnya saja. Dato’ Hisyam pun kadang-kadang mengambil berat tentang perkembangan Hakimi. Sebab tu lah, kadang-kadang di suruh setiausahanya menyiasat tentang perkembangan Hakimi. Tapi, tak sangka
Hari ni Hakimi akan memaklumkan padanya tentang perkara tersebut.
” Ala, baru je papa.” Hakimi masih tersenyum.
” Wah, abang! Dah ada banyak perkembangan ni!” usik Nabilah.
” Perkembangan? Well, kamu tak tahu, abang kamu ni expert tu tentang benda-benda macam ni!” gurau Hakimi membangga diri.
” Siapa tu, bang! Tak nak perkenalkan pada Nabila dan papa ke?” teruja Nabilah untuk mengetahui siapakah gerangan yang telah mecuri hti abangnya itu.
” Isyh, kamu ni. Tak kan lah girlfriend pun nak bawa sampai ke rumah. Bukannya nak kahwin pun!” ujar Hakimi, ketawa kecil.
” Eh, eh, apa salahnya. Bawa la dia datang jumpa papa. Papa pun teringin lah nak jumpa dia.” ujar Dato’ Hisyam tersenyum lebar.
” Tak payah lah papa. Lagipun dia sekarang sibuk sedikit. Bulan depan dia ada exam” bohong Kimi. Sebenarnya dia bimbang juga. Tak sangka papa dan adiknya percaya bulat-bulat. Kalau percaya sahaja, itu Hakimi tak kesah, tapi kedua-duanya ambil serius pula pasal hal ni. ‘Hisyh, tak kan lah papa nak suruh aku kahwin, kot!’
” Apa kata kita pergi makan dulu, okey!” ujar Kimi, sengaja ingin mengalak daripada topik tersebut. Dato’ Hisyam hanya mengangguk dan menuju ke arah ruang makan, didikuti Nabilah yang menolak kerusi rodnya.
” Kimi nak buat panggilan sekejap, papa dan Nabilah makan lah dulu, ok” ujar Hakimi sebelum berlalu ke ruang tamu.

Sudah dua tiga empat kali Hakimi mendail nombor Alya yang di save kan namanya sebagai debtor(maksudnya orang gaji la..), namun tiada jawapan. Hakimi sedikit resah. Perempuan ni kenapa? Nak kenakan aku, ke? Hakimi berasa sangat marah dan geram ketika itu. Kalau aku balas dendam, jaganlah guna masa penting macam ni.

” Bodoh!” ujar Hakimi lalu menekan butang merah pada telefonnya. Membatalkan panggilan, kerana dia tahu, sudah pasti Alya tak akan menjawabnya.
” Perempuan ni memang saja nak kenakan aku.”

” Kimi! Kau buat apa lama sangat tu! Mari makan!” laung Dato’ Hisyam dari ruang makan.
” Kejap, papa. Kimi datang ni!” tersentak Kimi, lalu meninggalakan telefon bimbitnya pada di atas meja di ruang tamu.
” Kau telefon siapa Kimi? ” tanya Dato’ Hisyam.
” Tak ada siapa lah papa. Jom makan.” Hakimi kembali tersenyum, walaupun dalam hatinya begitu risau sekali.


****

Diana Rafiniey memerhati kad yang dikirimkan oleh Yusran. Aku patut pergi ke tak? Rafiniey tak tahu lah nak pilih apa. Pening kepalanya memikirkan hal itu. Manisah masuk ke dalam biliknya senyap-senyap lalu membaca isi kandungan kad tersebut secara sembunyi.
” Well, tengah confuse ke, nak pergi ke tak? Pergi je lah kak!” suara itu mengejutkan lamunan Rafiniey.
” Hey! Bila masuk ni! Tak baik tau kacau privasi orang!” Rafiniey mencubit pinggang Manisah tanda geram.
” Akak, Manisah dah tahu la. Tak guna sembunyi-sembunyi lagi. Oh, akak suka abang yang datang hari tu, ya!” usik Manisah. Muka Diana Rafiniey merona merah. Betul ke aku suka dia? Itu lah yang difikirkannya.

” Hah! Betul lah tu” sambung Manisah.
” Akak, baik akak terima je pelawaan tu. Nanti menyesal! Bila proms night tu?” tanyanya lagi.
” Lagi dua jam.” ujar Rafiniey tanpa sembunyi.
” Hah? Dua jam? Kalau macam tu, cepatlah bersiap!” gelabah Manisah.
” Tapi, akak tak tahu lah nak pakai apa!” kali ni Rafiniey pula mengomel, memuncungkan sedikit bibirnya.
” Jangan risau, yang tu semua, serahkan pada Manisah. Manisah kan pakar dalam hal-hal macam ni!” ujar Manisah mendabik dada. Memang benar, Manisah sangat bagus dalam fesyen. Tambahan lagi, dia mengambil bidang fesyen. Cita-citanya nak jadi designer!
”Thanks!” ujar Rafiniey sambil mengukirkan senyuman yang begitu manis.


***


Hakimi meninggalkan perkarangan rumahnya. Dia masih cuba untuk mendail nombor Alya, tapi masih tiada jawapan. Hakimi begitu geram sekali. Kalau tak nak pergi, Alya sepatutnya memaklumkan padanya awal-awal lagi!

Amalina tersenyum melihat Alya.
” Thanks a lot, Alya!” dia menggenggam erat tangan Alya.
“ Apa kata kau tidur kat sini malam ni. Kau pun nampak letih.” ujar Amalina lagi.
” Ok, aku nak teman kawan aku ni.” ujar Alya tersenyum. ”Aku nak pergi luar kejap, k. Nak kemas barang. Kau tunggu kat sini” ujar Amalina.
” Biar aku tolong.” Alya bangun.
” Tak payah, tapi kalau kau nak tolong sangat, basuh pinggan kat dapur tu.” ungkap Amalina lalu berlalu.

No comments:

Post a Comment