Dah dua tiga hari Hakimi meninjau seluruh universitinya, memanglah ada gadis yang cantik, tapi, satu pun tidak dapat mengatasi kecantikan Marina. Macam mana ni, proms night tu pun dah tinggal beberapa hari saja lagi.
” I dah ada partner.” Itulah jawapan Hakimi, apabila Marina mengajak Hakimi menjadi pasangannya. Kalau Marina tahu dia masih tiada pasangan, habislah dia. Lagi satu, jatuhlah reputasi Hakimi. Ramai juga, gadis-gadis yang mengajaknya, tapi, Hakimi menolak, semuanya gara-gara nak mencari pasangan yang lagi cantik dari Marina.
Hakimi mengeluh sahaja. Yusran hanya memandang Hakimi dengan pandangan kosong. Tiba-tiba sahaja, Yusran mendapat idea, tapi mungkin gila sedikit!
” No! Aku tak nak!Itu lah idea paling bodoh yang pernah aku dengar!” Hakimi menghentak sedikit dinding.
” Why? Aku rasa Alya sesuai dengan kau. She’s beautiful! Kalau kau nak cari dekat kolej, sampai tua tak akan jumpa orang yang lagi cantik dari si Marina tu. Kau pun tahu peraturan, kita boleh ajak orang luar juga!” ujar Yusran, bersemangat.
”Itu kau cakap cantik?Aku rasa nenek aku lagi cantik dari dia! ” Hakimi nak tergelak juga bila Yusran cakap Alya cantik.
” Aku rasa, mungkin kau cakap macam tu sebab kau bencikan dia, kan. Sebab dia kutuk kau, kan. Well, Aku just cadangkan sahaja, aku nak tolong kau.Baik kau fikir betul-betul. Kau tengok muka dia baik-baik, ok!” Yusran sedikit kecewa dengan reaksi Hakimi. Sudah ada kat depan mata, tak kan nak lepas lagi. Memang Yusran akui, Alya begitu cantik. Mata biru kehijuannya begitu menggoda, mampu mencairkan hati mana-mana lelaki. Bibir mungilnya, apabila memberi senyuman, pasti memang akan menarik perhatian orang, walaupun Yusran tidak pernah melihatnya senyum.Yusran juga yakin Hakimi dan Alya pasti paling secocok jika digandingkan bersama. Tapi, Yusran pelik, secantik-cantik Alya, Hakimi masih menafikannya lagi. Buta ke dia?
***
Dari tadi Alya termenung. Dia mengacau-ngacau air milo dengan straw.
” Kau ni kenapa. Don’t tell me, sebab lelaki tu lagi!” Amalina awal-awal dah bagi amaran. Sejak minggu lepas, mood Alya mesti tak baik disebabkan Hakimi. Amalina pun bimbang tengok Alya. Bila jumpa dengan Hakimi je, pasti Alya balik dengan muka masam.
” Kalau bukan sebab ’pembuli’ tu siapa lagi? Tak ada orang lain lagi yang akan menyusahkan hidup aku kat dunia ni, tau tak!” Alya marah, menggenggam strawnya. Amalina tak tahu nak buat apa.
” Alya, aku rasa kan macam pernah tengok lah muka Hakimi tu. Tapi aku tak sure kat mana” ujar Amalina, musykil.
” Memang, muka dia serupa dengan orang yang duduk dalam jail tu, muka jahat!” tungkas Alya
” Hey, Alya.Aku serious la. Kau ingat tak, kat restoran Maharani, kita tengok ada perempuan yang kena reject tu! Ala, yang pukul-pukul boyfriend dia tu, ingat?” Amalina bersemangat. Alya tunduk.
” Oh, masa kita balik dari kolej tu ke?” Amalina mengangguk cepat.
” Aku perasan muka boyfriend dia. Sama dengan muka Hakimi. Memang Hakimi!”Amalina seakan-akan begitu pasti dengan apa yang dilihatnya. Alya pula mengangguk-ngangguk kali ni.
” Patutlah jahat! Suatu hari nanti, aku akan balas dendam, siaplah dia!’ Alya mencebik.
Nampaknya termasuk hari ni, dah dua minggu lebih Alya jadi ’ orang gaji @ kuli’ Hakimi. Hakimi mengambil telefonnya, lalu mendail nombor Alya.
” Aku ada kerja nak suruh kau buat. Datang kat rumah Yus, cepat!” suara garau Hakimi, begitu menjelikkan di telinga Alya.
” Tahulah! Jangan lah cakap kuat-kuat. Ingat saya ni pekak ke?!” Alya protes.
” Oh, melawan! Aku call parents kau, nak?” Hakimi ugut lagi. Tak habis-habis. Alya terdiam.
” Maaf” tak ikhlas, Alya.
Yusran dah keluar, terpaksalah Hakimi tinggal sorang-sorang di rumah itu. Tapi, kalau berdua-duaan dengan Alya dalam rumah, pasti macam-macam pula yang difikir oleh jiran-jiran Yusran. Nak suruh dia buat apa, ya? Ada sahaja yang difikir Hakimi, sengaja ingin menyusahkan hidup Alya.
” Aku nak kau masak untuk tiga orang!” ” Aku nak keluar, beli barang sikit!” arah Hakimi.
” What? Masak? Tak kan tak boleh beli sendiri kot?” Alya membidas. Tak puas hati dengan arahan Hakimi. Dah melebih la tu, masak!
” Ah, aku nak makan kat sini malam ni. Kau nak masak ke, tak?” Hakimi mengangkat tangannya ke telinga. Menunjukkan gaya telefon. Alya terpaksa menurut. Tak habis-habis mengugut aku!
Alya masam mencuka sejak tadi.
” Alya, senyum! Kalau dia tengok kau masam macam ni, lagi dia nak buli kau!” Alya berdialog sorang-sorang di dapur. Hakimi dan Yusran sudah menanti di meja makan. Nampaknya, banyak juga lauk yang Alya masak. Alya datang dengan senyuman, namun sedikit tawar.Yusran dan Hakimi pun hairan tengok. Selalunya, masam mencuka. Buang tabiat ke minah sekor ni?
Alya menuangkan air ke dalam gelas Hakimi. Hakimi hanya memerhati.
” Baik kau tengok dia baik-baik” Hakimi teringat akan kata-kata Yusran baru-baru ni. Dia memerhati Alya, lama! Barulah Hakimi perasan.Cantik, memang cantik! Semahu-mahu Hakimi ingin menafikannya, tapi Alya memang cantik. Hakimi begitu terpesona melihat mata biru kehijauan milik Alya. Tambahan lagi, hari ni, kali pertama dia tengok Alya tersenyum. Sungguh menawan!
” Dude! Makan! Kau tengok apa?” Yusran menegur apabila melihat Hakimi yang sejak tadi pandangannya tidak beralih dari Alya. Alya kaget. Apahal pula mamat ni. Tak betul ke?
” Hah?” Hakimi sedikit terperanjat. Dilapkan sedikit peluhnya atas dahi.
” Tak ada la, aku tengok tv tu, khusyuk sangat. Sorry dude!” ada saja alasan. Kebetulan pula, masa tu tv memang betul-betul belakang Alya. Hakimi menarik nafas lega. Alya pun menarik nafas lega. Ingatkan tengok aku tadi! Takut aku! Macam nak makan pula. Bisik hati Alya.
**
” Aku rasa baik kau ambil saja dia jadi pasangan kau. Dah tak ada calon yang layak lagi dah!” Yusran masih tidak berputus asa lagi memujuk Hakimi.
” Ah, aku tak kan ambil dia, walaupun dia satu-satunya perempuan kat dunia ni!” Hakimi masih membantah. Tinggi betul ego dia.
****
” Hah? Jadi pasangan awak? For what?” Alya memeluk tubuhnya. Dia agak terkejut apabila mendengar permintaan Hakimi.
“Time proms night nanti.” Hakimi memang betul-betul tersepit kali ni. Sebenarnya, Hakimi agak segan, tapi mukanya hanya berlagak selamba. Jatuhlah reputasi dia kalau dia merayu! Alya memeluk bahu, sambil bersandar di kerusi santai di taman permainan berdekatan kolej Hakimi
“ Macam dah tak ada perempuan lain kat dunia ni. Kenapa awak pilih saya?” Alya soal. Dia ingin tahu juga kenapa. Hakimi tidak tahu bagaimana nak terangkan. Tak kan dia nak beritahu Alya sebabnya.
” Jangan banyak tanya, boleh tak?Kau tu kerja dengan aku. Ikut arahan bos!Faham?! ” ujar Hakimi. Alya geram. Dia yang minta tolong, lepas tu nak marah-marah kita pula. Ingat dia tu apa? Banyak cantik!
” Eh, awak minta tolong dengan saya, lepas tu nak marah saya pulak! Encik Hakimi, saya kerja dengan encik, untuk bayar semua hutang saya. Saya tak kerja dengan Encik Hakimi, untuk buat kerja-kerja macam ni. Jangan ingat saya ni bodoh!” Alya marah.Kali ni, Hakimi pula yang geram. Harap je muka cantik, tapi degil!
” Sekarang, kerja-kerja macam ni la kerja kau! Buat apa aku bayar gaji, kalau kau duduk goyang kaki je..Erm...Ok, jangan paksa aku call bapa kau!” Hakimi ugut lagi.
” Ah, ingat saya takut ke dengan ugutan awak?” Alya memberontak. Berani!
” Cuba kau fikir, kalau perkara ni sampai pada pengetahuan perents kau, mesti diorang marah habis. Bayangkan, segala kad kredit akan dirampas, duit saku pula, semakin kurang. Atau, mungkin tak dapat langsung. Boleh ke hidup?Setahu aku, Cik Alya suka shopping, kan.Nak aku terangkan dengan lebih lanjut lagi?” Hakimi menakut-nakutkan Alya. Tersengih-sengih dia.Ahh! Lelaki ni memang! Ada sahaja benda yang membuatkan aku terpaksa ikut arahan dia! Bentak Alya.
” Bagus, aku akan tambahkan gaji kau. Triple! So, tak payah lah kau kerja dengan aku lama-lama” Hakimi ketawa, puas hati. Alya hanya mencebik. Aku benci Hakimi, benci!!!!
”Ingat! Malam selasa ni. Pakai cantik-cantik! Jangan malukan aku. Kalau tak, potong gaji!” sempat lagi Hakimi berpesan sebelum memecutkan kereta Ferrarinya.
****
Rafiniey masih tercengang melihat raut wajah yang kini terpampang di hadapannya. Macam mana la dia boleh bertemu kembali dengan Yusran. Tak sangka pula Yusran datang mencarinya pada petang tu. Mulanya dia tak percaya dengan kata-kata Manisah yang memaklumkan kedatangan jejaka bernama Yusran ke rumahnya, tapi bila dia turun dari bilik, dengan jelas Rafiniey dapat melihat muka kacak Yusran, sedang menantinya di muka pintu. Lelaki yang mengenakan baju t-shirt lengan panjang berwarna hitam dan jeans levis nampak begitu simple dan bergaya sekali. Rafiniey yang terjenguk dari muka tangga, agak terpegun melihat jejaka kacak itu. Kalaulah dia ni boyfriend aku! Rafiniey memang dah angau!
” Ehem!” bunyi orang berdehem itu masih tak mampu memecahkan bayangan Rafiniey.
”Rafiniey! Awak dengar tak saya cakap apa tadi?” Soalan Yusran itu sedikit sebanyak menyebabkan Rafiniey terjaga dari segala mimpi indahnya tadi.
” Hah?” Nampaknya Rafiniey masih terpinga-pinga. Yusran ketawa. Kelakar betul dia melihat gelagat Rafiniey. Mungkin itulah sebab utama Yusran telah jatuh hati pada gadis kecil molek itu.
Rafiniy menyedari akan kesilapannya. Malu! Tapi muka manisnya itu masih mampu menayangkan mirip muka macam tunggul kayu. Segala perasaan gelabah serta degupan jantungnya yang kencang tadi cuba dipendam jauh-jauh. Jangan gelabah Finiey, nanti dia tahu! Getus hatinya.
Yusran hairan melihat Rafiniey membisu. Macam-macamlah gelagat dia. Yusran pun tak dapat menjangka apa yang difikirkan oleh Rafiniey sekarang. Dia sebenarnya masih menunggu Rafiniey menjawab soalannya tadi.
” Awak dengar tak saya tanya apa tadi?” Yusran mengulang kembali, apabila melihatkan Rafiniey begitu.
” Maaf, saya tak dengar la. Sorry” muka Rafiniey agak merah. Malulah dia kalau Yusran tahu dari tadi lagi Rafiniey asyik berangankannya. Jatuh maruah aku!
” Tak apa lah kalau macam tu. Saya ni macam mengganggu awak je. Sebenarnya, saya datang nak pulangkan buku ni. ” Yusran menghulurkan novel kepada Rafiniey.
” saya jumpa dalam kereta, maybe awak tertinggal kot masa saya tumpangkan awak hari tu. Nasib baik awak ada tertinggalkan kad dalam tu.” panjang lebar Yusran berhujah. Rafiniey hanya mengangguk.
”Terima kasih. Patutlah saya cari buku ni tak jumpa-jumpa.”Rafiniey tersenyum keriangan
” Ni la buku novel favourite saya. Cerita dia, best sangat! Hero dia hensem! Macam awak!”
”Erk...” Rafiniey menutup mulutnya dengan tapak tangan. Terlepas cakap!! Habislah! Mukanya merah padam. Yusran pula haya tersengih melihat gelagat Rafiniey. Tak sangka juga gadis kecil molek itu berani berkata begitu.
Diana Rafiniey menekup mukanya. Malunya! Tapi selepas tu, dia tersenyum pula. Terasa kelakar pula bila teringatkan peristiwa tadi. Macam mana la boleh terlepas cakap.
” Amboi, dah angau ke kak? Siapa mamat macho tu? Hensem! Boyfriend akak ke?” panjang lebar Manisah menyampuk, sambil mencuit bahu Rafiniey dari belakang.Tersedak Rafiniey. Hampir tersembur air sirapnya yang diminum tadi. ’ Entah bila la budak ni datang. Sebok betul’ bisik hati kecil Rafiniey yang agak tidak selesa apabila tiba-tiba diaju soalan itu.
” Isyh! Tak adalah, dia kawan akak je. Kawan sekolej. Macam Manisah dengan Daniel.” pantas rafiniey menungkas. Seboleh-boleh dia nak selindung dari Manisah. Mukanya pula sekarang sudah berderau merah.
” Ye ke, kalau tak mengelamun pasal dia, tak kan la akak minum sampai nak tersedak bila Manisah tanya akak tadi?” sindir Manisah sambil ketawa kecil. Bulat mata Rafiniey. Perasan jugak Manisah.
” Manisah azura, kalau tak sibuk pasal hal orang lain, tak boleh ke?” Rafiniey bangun daripada kerusi lalu mencubit lengan Manisah. Manisah menjerit lalu berlari ke sekeliling ruang tamu. Habis riuh rendah rumah itu diceriakan dua beradik itu.
****
Azreen membelek-belek beg kecilnya lalu mengambil compared powder Silky Girl berwarna hijau cerah itu, lalu disapukan sedikit pada wajahnya yang berkulit sawo matang. Diratakannya bedak asas sehinggalah rata. Marina pula membelek-belek mukanya, takut-takut make-upnya perlu di touch-up balik. Dia mencalit sedikit lip gloss pada bibir nipisnya. Mulutnya dikemam beberapa kali agar lip glossnya tadi rata sedikit. Rambutnya yang lurus sehingga ke belakang dilepaskan begitu sahaja. Biarpun tidak ditambah dengan aksesori di kepalanya, Marina tetap kelihatan menawan, terutamanya matanya yang bundar itu menambahkan lagi kejelitaannya. Memang patutlah dia dikategorikan sebagai pelajar wanita yang paling cantik dan popular di kolej tersebut.
” Marina, you tak bimbang ke?” tiba-tiba sahaja Azreen bersuara. Dia masih membetulkan make-up pada mukanya.
” Bimbang? Reen how long we’ve being friend. You pernah nampak I bimbang ke, darling? Tell me,for what i have to worry?” Keningnya sedikit diangkat sambil berkerut-kerut, namun dia masih setia menatap cermin di hadapannya.
” Well, of course la pasal buah hati you tu.Hakimi. Kan dia tolak pelawaan you hari tu.” sambung Azreen. Marina tersenyum.
” Reen, you don’t have to worry. Although i’m quiet dissapointed about that, but, beleives me, i can handle it on my own.” jawab Marina acuh tak acuh.
” But, I pelik la Marina. How can he rejected you straight away? Semua orang dah tau, you lah pelajar paling cantik kat kolej ni. Famous, kaya, cukup lengkap! Apa lagi yang dia nak?” Azreen bersyarah pula kali ni.
” well, you know what? He’s blind! Perempuan cantik macam I ni pun dia tak nak. ” kali ni Marina berpaling ke arah Azreen.
” Tapi, I know, that day he told me that he already found somebody to be his partner, right. Doesn’t its sound strange? I think he lied to me. Dia mana boleh cari pengganti as perfect as me, kan!” Marina mengangkat keningnya sambil memandang Azreen, mengharapkan jawapan darinya.
” Yeah, you’re right.” ujar Azreen mengiyakan sahaja.
***
Hakimi membelek-belek baju dihadapannya.
” Bosannya shopping!” ujarnya ringkas. Benar! Shopping lah routine yang paling Hakimi cepat bosan sekali. Leceh katanya. Tapi, apakan daya. Baju untuk proms night, terpaksa juga dia beli. Kalau tak, takkan dia nak pakai jeans sahaja. Cepat-cepat Kimi buat keputusan untuk tinggalkan bangunan itu, dan meneleon Alya. " Cepatlah, aku kat depan rumah kau ni!"
Alya mengetap bibir. Geram! Apa pula Si Dugong ni nak! Hatinya berperang. Dia berlari menuruni anak-anak tangga dengan sedikit rakus dan gelabah.Apa taknya, Hakimi asyik menekan hon berturut-turut memaksanya turun. Terpaksa la Alya cepat-cepat siapkan diri. Entah apa la kerja yang dia nak suruh aku buat. Tadi kan dah jumpa. Tak cukup lagi ke Hakimi nak seksa Alya?
” Dugong ni tak betul ke? Dah lah datang rumah orang tiba-tiba. Hon kuat-kuat pulak tu.” bentak alya. Orang gaji Alya pula asyik terjenguk-jenguk ke luar tingkap sambil menggeleng. Sempat lagi dia bertanya ketika melihat kelibat Alya sedang menuruni tangga.
” Cik muda, siapa pula gerangannya yang asyik tekan-tekan hon tu? Bising bangat! Mas cik muda, ya?” ujarnya tanpa berselindung.
” Tak adalah bibik. Dia tu tak betul sikit. Wayar dekat kepala hilang semalam” Alya ketawa, diikuti ketawa bibiknya.
” Pergi dulu ya, bik! Kalau mama balik, cakap Alya keluar dengan kawan kejap.” hormat Alya. Bibiknya hanya mengangguk. ” Hati-hati, ya!” suara itu hanya dapat di tangkap samar-samar sahaja.
Hakimi terus menghentikan hon apabila ternampak kelibat Alya. Ingatkan tak nak keluar.
” Awak ni kenapa? Hon-hon depan rumah orang. Macam orang tak betul!”tegur Alya sambil menutup pintu kereta Ferrari tersebut. Hakimi tak sempat bersuara, Alya Alya kembali bersuara.
” Kenapa awak panggil tiba-tiba ni? Kita nak pergi mana? ” Alya sedikit bimbang. Mamat ni nak suruh aku buat kerja apa pulak la kali ni. Hakimi tidak menjawab. Matanya setia menghadap ke hadapan. Alya geram, lalu menetap bibirnya perlahan.
” Hei! Awak ni pekak ke? Kita nak pergi mana? Kenapa tiba-tiba je ajak saya keluar ni? Ada hal penting ke? ” sekali lagi Alya mengajukan soalan yang bertalu-talu. Membuatkan Hakimi sedikit terganggu. Hakimi masih diam, lalu dengan tenang dia berpaling.Kini, matanya tepat-tepat menentang anak mata Alya, membuatkan hati Alya sedikit gelisah. Dia mendekati Alya, mukanya betul-betul rapat dengan muka Alya, sehingga hembusan nafasnya jelas dapat didengar Alya.
” Ikut je, boleh tak? Jangan banyak tanya, ok.” suara lembut Hakimi, menusuk ke telinga Alya dengan jelas sekali.
Tergamam Alya, apabila Hakimi berbisik terus ke telinganya. Lalu dia terus memalingkan mukanya ke arah tingkap. Alya kaget. Dia tidak mahu memandang hakimi ketika itu. Segan! Hakimi tersenyum nakal. Saja dia ingin mengusik. ’padan muka, banyak tanya sangat. Kan dah kena!’ bisik hati nakal Hakimi.
***
Hakimi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Setiap kali shopping, pasti dia tak tahu nak pilih baju apa. Dia membelek-belek baju di hadapannya. Alya pula mengiringinya dari belakang. Dari tadi dia memuncungkan mulutnya, langsung tidak senyum. Mahu saja Alya lari dari situ, tapi, apakan daya, di masih di bawah perjanjian dengan Hakimi.
” Tak kan lah kerja mudah macam ni pun awak nak saya buat? Kan boleh buat sendiri!” sindir Alya, sinis.
” Aku bosan shopping sorang-sorang. Kau kan pekerja aku. Sebagai pekerja, kena ikut arahan. Who’s the boss right now?” Hakimi mengangkat kening, memandang Alya dengan jelingan sedikit manja. Alya malas melayan telatah Hakimi. Meluat rasanya. Menyampah aku! Sejurus itu, Hakimi terus berjalan sambil membelek-belek pakaian di hadapannya.
Alya memeluk tubuh sahaja, dia hanya jadi pemerhati Hakimi dari belakang.Hakimi tidak menghiraukan Alya. Dia terus mencari baju untuk dipakainya pada proms night. Alya dah naik bosan. Lamanya nak pilih baju! Rasanya dah beberapa kali Hakimi melihat baju yang sama.
” I think that tuxedo is good. Quite suits with you. Tak nak try ke? ” tiba-tiba je Alya bersuara. Hakimi memandang Alya.
” Aku suruh kau teman, bukan komen. ” Hakimi menyindir.
” Hey! Saya nak tolong tu nasib baik, tau! Cubalah terima nasihat daripada orang lain!” Alya sedikit marah.
” Erm, well.Aku memang dengar nasihat orang. Tapi, bukan dari pekerja aku. ” acuh tak acuh je Hakimi menjawab,kali ni langsung tidak memandang muka Alya.
” Awak ni kan! Isyh.. Geram betul saya cakap dengan awak! Dahlah, saya nak pergi beli air kejap!” ujar Alya, lalu keluar dari butik tersebut.
” Hey! Balik dengan aku! Jangan pandai-pandai balik sendiri. Faham!” pesan Hakimi sebelum Alya berlalu.
” Yelah, Tuan!” sindir Alya.
Bila je Alya beredar, Hakimi terus mengambil tuxedo di hadapannya. Tuxedo itu dihiasi sedikit warna merah pada lehernya. Hakimi memerhati agak lama. Boleh tahan juga pilihan Alya.
” Tuxedo ni baru saja sampai. Mesti sesuai dengan encik. Tambahan lagi, badan encik yang tinggi memang sesuai sangat dengan tuxedo ni.” tiba-tiba sahaja Hakimi ditegur seorang pekerja butik tersebut. Hakimi mengangguk sambil tersenyum.
” Emm..Saya nak yang ni lah. ” ujar Hakimi.
Kalau tahu awal-awal dia akan pilih tuxedo yang Alya pilih, tak ada lah dia nak menolak tadi. Kesal juga Hakimi dengan perbuatannya tadi. ’ Alah, dia tu kan pekerja kau je. Tak payah jaga sangat perasaan dia tu!’ Hakimi menyenangkan hatinya.
Hakimi terus berjalan sekeliling shopping mall tersebut. Biarlah Alya meredakan marahnya dulu. Hakimi sebenarnya tak tahu nak pergi ke mana. Dia hanya berjalan tanpa arah tujuan. Dalam sedang dia memerhati sekeliling, Hakimi meninjau sebuah butik yang sedikit menarik perhatiannya. Dia singgah di situ agak lama juga. Adalah dalam setengah jam! Entah apa la yang dibelinya.
” Dah lama tunggu?” Hakimi menegur Alya yang sedang khusyuk memerhati rantai yang diletakkan dalam cermin pada sebuah kedai. Alya khusyuk benar memerhatikan reka bentuk rantai itu. Unik!
” Jangan berangan la nak pakai rantai mahal-mahal! Hutang dengan aku pun tak selesai lagi.” Hakimi menyindir. Panas hati Alya. Dia menjeling lalu meninggalkan Hakimi berjalan di belakangnya.
” Sebelum balik, kita makan dulu la. Aku lapar ni.” ujar Hakimi. Alya diam sahaja.
”Hey, diam ni kenapa? Sebagai seorang pekerja, tak baik buat majikan dia macam tu. Cepat lah makan! Aku nak balik awal ni!” Hakimi mengarah seperti bos. Alya mencebik.
” Macam mana saya nak makan? Dari tadi awak sakitkan hati saya. Tengok muka awak, terus hilang selera saya, tau tak!” luah Alya, tidak sembunyi. Hakimi memandang Alya, tajam. Beberapa saat selepas itu, raut wajahnya kembali tenang.
” Ingatkan dah bisu tadi.Erm, ok. Kalau dah tak nak, aku tak paksa. Kau juga yang lapar nanti. Janji perut aku terisi. ” selamba Hakimi bertutur. Langsung tiada usaha untuk memujuk Alya. ’Geramnya!!!!!!! Ya Allah! Kenapalah aku jumpa lelaki teruk macam ni kat dunia ni!’ sabar je lah. Hati Alya meraung-raung agar cepat masa berlalu.
***
Yusran memandang telefon bimbitnya sejak tadi. Patut ke dia mendail nombor yang tertera pada skrin telefon bimbitnya? Diana Rafiniey! Itulah nama yang kian mengisi ruang hati Yusran. Dia pun tidak tahu kenapa. Walaupun tidak berapa mengenali Rafiniey, seakan ada satu daya penarik pada dirinya. Yusran begitu ingin sekali mengenali gadis kecil molek itu.
Diana Rafiniey pula, hanya menatap televisyen dengan pandangan kosong. Entah apa yang difikirkannya pun tidak tahu lah. Maggi yang dia buat tadi pun, dah habis di makan. Agaknya, sudah kekenyangan la tu. Puan Dallila, tersenyum tawar. Dia hanya memerhati anak perempuannya itu dari jauh.
Selepas beberapa minit, Rafiniey bangun, seperti mencari sesuatu. Dia berlari ke arah biliknya dengan agak tergesa-gesa. Puan Dallila hanya mampu mengiringi langkahnya dengan pandangan sedikit hairan. Tapi, dia hanya membisu.Diana Rafiniey melabuhkan punggungnya ke atas katil. Di peluknya bantal berbentuk hati, dan mencapai novel Pencarian Kasih yang dipulangkan oleh Yusran sebentar tadi. Tak pasal-pasal kali ni dia tersenyum sorang-sorang pula. Adakah Diana Rafiniey betul-betul dah jatuh hati pada lelaki itu? Rafiniey menyedari perbuatannya yang agak leka itu. Lalu, dia menampar perlahan-lahan pipinya beberapa kali.
” Finiey, jangan berangan la! Kau kena belajar!” ungkapnya seorang diri, seperti memberi semangat kepada dirinya. Dia menggeleng-geleng.
”Hisyh, kenapa la aku jadi macam ni sejak kebelakangan ni?” persoalan itu sering bertamu di sebalik mindanya. Rafiniey hanya mampu mengeluh. Apa tidaknya, bayangan wajah Yusran pasti datang tanpa diundang. Dia tidur, muncul wajah itu, dia mandi pun muncul...Di mana saja Rafiniey berada, pasti wajah kacak itu yang diingatinya. Arghhh!!! Kepala Rafiniey pun dah jadi pening sekarang.
Rafiniey membelek perlahan-lahan novel pada tangannya. Belum sempat dia membelek pada bab yang ingin dibacanya, sekeping kad berwarna merah terjatuh daripada novel tersebut. Rafiniey membaca isi kandungannya.
Dear Miss Diana Rafiniey, You are invited to the prom’s night........................
Diana Rafiniey hairan. Memang dia tahu akan adanya majlis prom’s night itu, tapi dia bercadang untuk tidak pergi. Maklumlah Rafiniey pun tidak berteman, malaslah dia pergi sorang-sorang. Kalau nak ajak Alya pula, katanya ada hal pula.
Wajah Rafiniey berkerut-kerut, masih tidak mengerti akan maksud kad itu. Siapakah yang beri? Kenapa kad ni boleh ada dalam novelnya? Ada orang tercicirkan ke? Belum sempat persoalan itu bertemukan jawapannya, Rafiniey dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya, yang sejak tadi mendendangkan irama lagu I Think I love you, lagu tema drama Korea kegemarannya.
Tepampang pada skrin, nombor yang tidak di kenali. Mungkin kawan baru di universiti agaknya. Entah-entah, Aqilah. Teka Rafiniey.
” Assalamualaikum, ni Diana Rafiniey, kan!?” terdengar suara lelaki di sebalik talian itu.
” Er.. Waalaikumussalam. Ye, Rafiniey ni.” ungkap Rafiniey sedikit hairan. Lelaki mana pulak la yang telefon aku tiba-tiba ni.
” Er..erm.. Diana, did you got the inventetion card?” tanya suara itu.
” Inventetion card? Erm..yang pasal proms night ke? Awak ke yang hantar? Siapa ni?” Rafiniey mengajukan banyak soalan. Dia betul-betul ingin tahu.
” I’m sorry, ni Yusran, yang hantar novel tadi.” jawab suara itu. Mata Rafiniey sedikit bulat. ’Hah! Yusran! Lelaki hensem tu ke?’ Hati Rafiniey sedikit melonjak kegembiraan apabila terdengar nama itu. Hatinya kini berdebar-debar, menanti apakah ungkapan yang akan diungkapkan jejaka kacak itu seterusnya.
”Actually, saya nak bagi kad tu tadi, tapi bila fikirkan kita ni tak berapa kenal sangat, maybe awak akan rasa pelik, kan. ” Yusran menarik nafas sebentar. Macam mana dia harus ungkapkan, ya.
” Er... I do not have any partner for the prom’s night. I’m curious if you could be mine for that night, Diana?” sambungnya lagi. Rafiniey tidak tahu apakah yang patut diungkapkannya. Ada rasa terkejut, dalam masa yang sama, gembira pun ada.
”It’s ok, kalau tak boleh. Maybe awak rasa macam tiba-tiba kan. Tapi, selepas jumpa awak hari tu, saya rasa macam nak kenal awak lebih sikit. Can we being friends?” tanyanya lagi. Rafiniey masih diam.
” Diana, saya tak paksa. If you agree, i’ll wait for you at the park in our college, ok? Dress well.” itulah ungkapan terakhir yang diungkap Yusran sebelum menamatkan perbualan.
Rafiniey terdiam sahaja. Dia hairan. Our college? Mamat tu sama sekolah dengan aku ke?Benar, dia masih tak percaya, Yusran menjemputnya ke majlis tersebut. Maknanya, aku jadi partner dia ke? Dikira date la ni? Bermacam-macam yang berlegar di mindanya. Rafiniey tersenyum. Dapat juga dia melepaskan keresahan di hati. Wajah lelaki yang selalu menganggu mindanya itu, pasti akan dapat ditatapnya esok. Mungkinkah ini bermakna Rafiniey sudah jatuh cinta? Mungkin...

No comments:
Post a Comment